Tuesday, 28 January 2014

Assalamualaikum salam semua, dah nak abis dah Januari nih, hermm.. so far Alhamdulillah.. Allah sentiasa permudahkan segala urusanku, aku bersyukur sgt ada family and friends yang supportive sgt2. Bila aku susah, masih ada yang sudi menghulurkan tangan, and insyaAllah.. its always be..apa2 pon positive!! There are soo many things happen to me along this time.. tp semua tu lah yg mendewasakan aku untuk terus menghadapi hari depan..
Yeayy minggu nih cuti 3 hari lagi.. raya cina..selamt bercuti
HEPY CHINES NEW YER yeee.. <in advance>

Haaa.. masa minggu2 yang lepas aritu, my beloved friend Ana a.k.a Tuan Raihanah mai UiTM for her clearance, so aku bkesempatan keluar jenjalan sat dgn dy.. Alahmdulillah..aritu jgk ade rezeki dapat jumpa kak Ayu sekali.. I really miss all the moments with them..dgn Mamai.. :(   3 tahun usia perkenalan kami di situ sudah cukup membuatkan hubungan kami rapat.. dah macam adik beradik dah.. rindunya pada moment2 kami dulu hnya Allah saja yang tahu..bila aku susah, bila aku sedeh.. these girls always behind me..Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kalian



Walaupon kadang2 aku rasa tak tau nak tulis apa..tapi aku tetap jugak nak tulis, walaupon mungkin takdak yang baca pon..err
Esok blik cuti..huhu, tingai sat2 pon dah rindu my adeks..last week g kmpp Mashitah..saja for giving her kata-kata semangat utk midsem exam dia along this week..so ade lagi esok, last katanya.. all the best sis! I always pray the best for my adeks..berjaya dalam pelajaran kehidupan dunia dan akhirat..
Arini duit dah melayang seratuih lebih lagi, beli nopin muet n penerapan..skrg aku dah mghadapi kengkongfiussan nak pilih course apa utk degree nanti..masa sem lepas memang yakin sangat2 nak amik health..sekarang, atas faktor2 tertentu..bila pikiaq2 balik, jadinya aku dah berbelah bahagi plak dengan yang lain.. Ya Allah.....sesungguhnya akulah manusia yang paling tak suka membuat keputusan.. I'm really hate for making decision! Apapon aku sgt2 lah berharap dan sentiasa berdoa agar aku juga mampu mendapat kesempatan untuk menyambungkan pelajaran aku nih..for my future..for my parents..for my family..dan cita2ku! doa2kan utk aku dan kita semua yaa
okeh, bye..dah nak Asar nih..Assalamualaikum.

<yeaayy ade keja yg perlu disiapkan>e s a i m e n g

Sunday, 29 December 2013

Selamat Tahun Baru !

Assalamualaikum dan salam semua, dah lama beno beta tak menulis..hikhok <lama lah sangat> sekarang dah benar2 di penghujung 2013.. apa yang aku tahu, tak terasa sangat tahun ni.. tahu2 dah nak abis..tinggal lagi 2 hari jaa lagi..time running is so fast..sapa lambat akan tertinggal <macam beta>
Hurmm, sodey sodey sodey! betol! aku! ade Jom Heboh kt Ajm dkt tu pon xleh nk pi, pdahal dkt sgt2 dah ngn umah aku.. abah lah nih, xbg p.. gara2 kenduri kawen sebelah umah yg buat secara gotong royong tu.. itulah pasal aku tak diberi kebenaran.. G r r r ..siap dah set date ngn kawan lagik.. tapi sokey, lagi pon denagar kata x dak lah yang best sgt, sangkut kt jln jem berjam2 ada lah >huhu, sedapkan hati sendiri< kahkahkah
Berbalik kepada Selamat Berhujung Tahun~aku tak tahu apa yang dah jadi dalam tahun ni..huhu.. malaih nk pikiaq.. apa2 pon terima kasih kepada semua yang hadir atau pernah hadir dalam kehidupan aku untuk tahun ini, yang cuba menghiburkan kehidupan aku atau yang telah menabur kedukaan kepadaku..haha.. apa2 pon insyaAllah, aku telah cuba menerima dengan hati yang terbuka.. segala kenangan suka duka jatuh bangun gagal berjaya ketawa menagis dan segala2nya.. itulah lukisan Kisah Hidupku utk tahun ini.. Aku nih manusia biasa mana mungkin pernah lari daripada melakukan kesilapan~ maaf pada sesiapa yang telah tersakit terasa hati dengan aku.. maaf..bila mana aku tidak mampu menjadi orang yang bermanfaat utk korang..walau siapa pon korang..hurm..sometimes I realize that I'm useless.. feel so sorry ;'(

okeh

SELAMAT TAHUN BARU 2014
klau pasal azam dan impian masih bnyk lagi yang 2013 tak tercapai..so just wanna be a better person especially in being a better daughter..and sistars! yeayy

and....always remember..semakin hari semakin tua! bukan semakin muda yer.. and semakin kita menghampiri tarikh misteri itu..di mana kita akan di jemput oleh Pencipta kita Allah SWT~

Tuesday, 17 December 2013

Think about the PAST

Assalamualaikum... hui dah dekat pukul 3 pagi dah nih.. aku masih x boleh nak tido, so tergerak hati nak mengupdate blog.. lama x menjenguk ke sini.. this week.. ouh about this week.. thinking about this week will make me become weak. haaaaah.. satu persatu "dugaan" datang.. semuanya sesuatu yang aku sesangat tak sangka.. tak sangka langsung benda nak jadi.. hermmm. apa bendanya? biarlah "apa" pon.. bukan sesuatu yang penting untuk dikongsi..
Actually I just nak share, sebenarnya ada tersirat sebuah kekuatan bila aku terpaksa hadapi semuanya.. yang aku rasa kita semua boleh jadi kuat bila ada dugaan demi dugaan ke atas kita bila...........
KITA CUBA INGATKAN KEMBALI segala masalah/ujian yang pernah DIA turunkan kepada kita.. dan masa tu mesti kita stress, menangis, tak abis2 dok tanya kenapa Allah uji kita, dan macam2 lagi perasaan hadir waktu tu. dan masa tu jugak kita rasa hopeless, sedih, rasa nak mati pon ada..haha! dan mungkin terpaksa dan pasrah dengan masa akan datang.. TAPI bila mana kita selesai atau berjaya tempuh semua tu, kita mesti rasa lega sangat2, tak sangka pon ada, macam tak percaya jaa kan? Kita boleh sebenarnya.. cuba pikiaq balik.. boleh jaa kan kita tempuh sesuatu yang pada awalnya kita rasa kita tak kan mampu untuk laluinya, tp hakikatnya kita MAMPULAH..
So, by "Thinking about the PAST" insyaAllah kita akan rasa lebih kuat untuk hadapi masalah/dugaan kita masa tu,dengan masalah dan dugaan hidup itulah maka akan terbentuk lah sebuah kisah kehidupan dan mengajar kita menjadi manusia lebih matang dalam berfikir, insyaAllah.. apa yang penting jangan kita menjauhkan diri kita daripada Allah SWT kerana DIA maha pemberi sesuatu yang tak pernah kita sangka.. setiap kesulitan pasti ada kesenangan selepas itu, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya......
Yakin lah pada DIA, sentiasa positive dengan setiap yang berlaku
TERIMA KASIH ALLAH

ALHAMDULILLAH baik buruk sesuatu ku terima kerana aku yakin akan janji2 manis daripada Allah BERSYUKUR

~maaf lah ayat macam ngongek jaa.. almaklum lah now almost 3 a.m.. harus lah mata herot sana sini..tapi otak kata jangan tido lagi. oke! gud nite.... eh, Morning!

Thursday, 5 December 2013

Salah Faham

Assalamualaikum. This weekend is too bored. jap lagi nak g jenjalan shopping2 sikit dgn kengkawan. Di pagi Jumaat ni.. syoik bangun ngadap laptop sorg2 dalam gelap.. sementara rengroomate masih lagi ditemani mimpi..
Harini aku just nak berkongsi sesuatu mengenai "Salah Faham" dalam komunikasi seharian kita. Yaa.. it always happen in our daily right? kadang2 tak sangka pun sesuatu perkataan yang keluar dari mulut kita tu mampu menguris hati someone bila dia "ter" salah faham maksud yang ingin kita sampaikan. dah tu cena eh? Mungkin someone tu akan marah..merajuk.. bawak diri.. diam terus.. buat taktau je kat kita n others....
So I guess, berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi emosi mungkin salah satu cara menyelesaikan masalah ini.. lagi apa ye?
Yelah mcm org selalu kata...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kan? So.. so yg nak cakap tu pon hati2 lah sikit ye.! kita bukan nak sedar pon bila orang tu terasa.. mungkin bagi kita apa yang kita cakap tu tak dak apa2 maksud pon.. tapi tu, tiap orang berbeza pendapatnya.. kan?

#Kalau benci someone tu mcm mana sekalipun.. ingat jgk....ermm3
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
mungkin dia buat salah.. tapi yang berhak menghukum hanya Allah.. kadang2 kita nih ntah apa2 mengata, mnyindir mcm2 perkataan sinis kt org tu.. last2 kita pon sama berdosa mcm dia.. atau kita pny dosa lagi menggunung.. hurm2, sometimes I did too.. so ingatkan #Diri sendiri sama !

kedua:
Haa.. yang hal ni dah out of topic eh.. masalah duit? yaaa.. itu mmg sentiasa menjadi masalah utama bagi golongan2 seperti aku.. nowadays semua benda mesti akan melibatkan duit! huh! semalam call mak nak mintak permission nak kluaq arini and sempat lagi mak sentuh psal PT.. okeh, bila2 teringant tu mmg aku akan merasa semangat berkobar2 nk Jimat2.. Semoga laluan kehidupan di masa hadapan sentiasa dipermudahkan Allah SWT...

SELAMAT BER WEEKEND


Layan.. tgok!

Wednesday, 27 November 2013

Sesaat Untukku

Assalamualaikum.. here i am in Meboks!! for the last step.. insyaAllah.. hopefully all will be fine.. Alhamdulillah, rayuan untuk duduk asrama diterima.. so this sem pon dok dalam.. herm.. and jadual plak sangat cun sbb cuma ade class hari isnin selasa rabu jee.. huhu.. Alhamdulillah.. so today dah hari rabu dah!
Hermmm tapi itu lah kadang-kadang bila ada kemudahan, kesenangan pasti akan ada jugak kesusahan, kesakitan hadir.. mungkin itulah pelengkap hidup agaknya.. kalau tak dak masalah, maknanya macam tak dak life je lah.. kan?
Kadang-kadang kita perlu kenal sakit untuk terus menjadi kuat. untuk kita gigih usaha.. tak semua perkara dalam dunia ni boleh dibuat mudah.. walaupun mungkin di lihat mudah tapi kadang-kadang yang nak hadapi tu susah.. eh3.. kanapa pulak ya aku rasa macam ntah apa-apa nih.. apa-apa pon aku nak buat betul-betul untuk yang terakhir nih.. InsyaAllah berkat doa semua, sama-sama kita semua menjadi lebih kuat..
Hermmm3 sejarah lama  macam telah berulang jaa?? macam mana eh nak buang benda tak penting dari kepala otak nih? tapi tulah, as long as masih ada yang sudi hadir menemani hari2 aku, memberikan kata2 semangat.. aku sudah cukup bersyukur walaupun apa pun niat mereka.. InsyaAllah.. Allah masih mengahantar mereka menemani hari-hari aku.. kalau tak dak bleh menangis!
yaaa.... when someone comes into your life, actually Allah sent them for a reason . I believe Allah is always listen to my prayer~ InsyaAllah

It's hard to understanding. ! ? ~ ...

by the way, this is my latest fav song.. love it too much  


.... sentuh hatimu rasai kehadiranku, buka matamu lihatlah segalanya, agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa, yang bisa kau sakiti ....

--Tak semua cinta itu akan berakhir dengan kebahagian, kerana mendung yang tak diduga itu untuk menguatkan lagi semangat kita di masa akan datang--


Thursday, 14 November 2013

Congratulations to UPSR candidates !

Assalamualaikum..harini keputusan UPSR dahpon diumumkan..yg membuat aku menulis entry ni pon sbb salah sorang adik aku ade yg amik result arini, Alhamdulillah adik aku Nurul Husna berjaya mendapat 3A2B.. walaupon bukan 5 its still okeh..menangis sakan dy tu tadi.. lawak pulak aku tengok.. huhu mananya nak sangka.. antara kami berlima dy salah sorang yg agak liat nak menghadap buku.. huih..liat dy kemain sungguh, malas aku..malas lagi dy, jenuh paksa..mananya nk peduli belajaq2 nih.. mana nak jangka dapat cemtu..sorang lagi si Ismail tu.. tak tahu lah ape dy nak dapat PMR nnt.. mak cakap klau dapat setengah daripada 8 tu pon okeh la..
Back to upsr tadi aku teman emak g amik result depa.. kat sekolah (SK Taman Ria) adik aku tu ada 53 orang yg dpt 5A.. meningkat bnyk berbanding tahun lepas cuma 29 orang.. then, dua orang spupu aku tu plak dpt 2A jaa, okeh lah tu, upsr bukan lah permulaan apa2 lagi pon.. itu baru penilaian awal untuk kanak2.. still have a time to improve all this..same lah adik aku tu pon.. and adik kawan aku Fatin tu, dapat 5A, adik2 dy kemain.. pandai2 kut.. hehe >>bak kata fatin, barang yg lepas jangan di kenang<< hehe.. takpa2.. teruskan apa yang ada di depan mata nih.. selepas berusaha, berdoa dan bertawakal saja lah selepas itu..
Budak2 sekarang serius bijak2.. kalau time aku dulu, for me upsr is nothing.. belajaq pon besa2 ja.. bila dapat result pon xdak terok sangat.. cuba skrg aku blajaq cara mcm dulu2.. sumpah terok! sekarang apa2 pon education tu penting sangat.. apa2 pon tahniah ye adik2 sekalian
Seronok melihat kejayaan orang, rindu saat2 zaman kegemilangan aku.  :)   Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati usaha2 kita..aminnn

*Baru teringat jiran aku kak Manisah pon baru konvo baru2 ni, Tahniah kak and utk semua senior2 UiTM Kedah :)

Tuesday, 12 November 2013

Tahniah Kak Ayu

Assalamualaikum. TAHNIAH di ucapkan untuk mereka2 yang telah pon selesai segala urusan di Majlis Konvokesyen UiTM yg ke 79 baru2 ini..

TAHNIAH untuk kakak tersayang.. Nur Ayuizati.. I Miss U so much my dear.. aku bersyukur sangat dapat bekenalan dengan dia, walaupun tak pernah ada kakak, berada disisinya membuat aku dapat merasakan kasih sayang seorang kakak..selama setahun dia menjadi roomate aku banyak kenangan suka duka yang telah kami kongsi bersama.. harap hubungan ini terjalalin hingga akhir hayat kita nanti.. rindu member2 bilik dulu, mamai.. ana..
Sekarang kak Ayu tengah sambung degree kt UiTM Merbok jgk.. nanti bila Mira balik Merbok kita jumpa lg ye kak..






InsyaAllah tahun depan aku pulak akan konvo bersama kawan2 aku..semoga semuanya berjalan lancar..sebelum dan selepas itu..

~InsyaAllah aku jugak mampu siapkan lukisan terindah itu tepat pada pada masanya..pada peluang kedua itu~