Tuesday, 4 August 2015

Assalamualaikum
.
Be a writer? yaa aku tengah fikir, tentang sebuah impian iaitu cita-cita. Suatu masa lalu. Daripada seorang Cikgu (cita-cita normal bg budak2 kecik selain nak jadi Polis. huhu),turn to Doktor (Bila amik bahagian sains tulen masa menegah atas, and abah want to see me jadi Doktor, ku pikir senang. Haha. Susah bila otak tak berapa nak 'sains' sgt. Not enough qualification utk further study inthat major), and last bila taking course in management, buat aku rasa nak jadi usahawan....cait! last2.. aku just pasrah (tengok lah hala tuju lepas grad ni nak ke mana). But starting last year, I hve start my online business, if you are interested to look my items visit my IGshop (@mias.boutique)-By Mia's Boutique #SevenO7 (online shop). Okeh. Promote skit boleh eh? Mesti ada yang tak tahu lagi kan.. yelah tak ramai kenai aku, kawan aku sendiri pon tak kenai aku. EH! Hahahahaha..awat lagu tu.. Maka dengan itu marilah kita sama2 doakan moga segala yang dirancanga berjaya dicapai, moga segala usaha diberkati, moga doa diterima,moga kita berjaya dunia akhirat. InsyaAllah, Amin. Aku sayang semua yang aku sayang.
.
Nak tahu sesuatu, its about 'Media'.. hm, just my opinion, my perception. If we said 'Media', one comes to our mind is all about the bad things out from this 'Media', but not really ALL..
.
yaaa.Cheq nak kena kluaq sat. Siap2 sat. Boleh ya, I sambung next entry oke.........
.
Hope to see your dream and our dream comes true!
(sat2 ada lagi skit nak bg tau)

.
akak mintak celah sikit. Huhu
.
.
:: Memandangkan masih dalam Syawal, so tak terlewatkan utk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti Maaf Zahir batin. Hobi aku berkongsi gambar di laman ini, tapi kali ini tak terasa pulak nak share kerana Aidilfitri kali ini terasa sedikit hambar. entah lah kat mana kurangnyaaa. Tapi aku bersyukur masih berkesempatan untuk 2015. You gais boleh tgok dkt my IG (@miaamera869) yer photo raya. Tak banyak. Cuma yang lain nyaa..tak jumpa ramai keluarga and ade gathering with exSktr, my exClassmate and exSchoolmate, Primary School yang dah 10 years tak jumpa. Just it.

Friday, 10 July 2015

Perantauan Pulang ke Desa

Assalamualaikum, salam Ramadan. tak lama jaa lagi Ramadan akan pergi. Sekejap sangat rasa Ramadan tahun ni, Klau tahun lepas xsedar Ramadan berlalu sebab  kerja, tahun nih sebab sibuk dgn final exam. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...akhirnya habis jugak final exam yang aku rasa mcam nk mati je jawab (tu baru ujian atas dunia!) Soalan.. mencabar mashaAllah, mcm nak failkan student jer. Haihhh, mintak simpang laa Ya Allah. and first time aku hadap final exam dalam Ramadan. Pergh dari awal Ramadan sampai 23 Ramadan aku menderita stress ke exam jaa lah. Sedih taw! Aku mana pernah rasa mcm  tu, Plus first time plak aku duduk jauh macam nih. Huhuhuhu. Dah laa sekali pon tak dapat beriftar dgn family.Kalau masa Dip dulu tak palaa, dekat. Anytime ja bleh balik berbuka dgn family. Ni.. haihh dugaan lagi.

Tapi apa pon ujianNya, Alhamdulillah bila dah pas lewati, Alhamdulillah. Syukur atas pengalaman nih. Perasaan nk balik tu, haa.. baru lah tahu perasaan jd perantauan cena. Tambah masa last paper semalam tu, nk study laa hai..mashaAllah, dgn pompampompam mercun nyaa. hahaha. semangat tu mmg kurang gila. Takpalah apa pon aku tawakkal jaa, Dah habis usaha, harap sgt berjaya semuanya, and harap kita semua berjaya dalam final exam yg mencabar kali ni. InsyaAllah,yakin dgn usaha dan doa.

Akhir sekali aku mintak maaf banyak naa pada kawan2 yang tak sempat aku nak beraya kelmarin tu, Maaflah kalau selama kita kawan nih ada kata2 menguris hati, tingkha laku yang menyakitkan mata, yang aku tak perasan tu. Maaf nah! Kosong-kosong. InsyaAllah next sem panjang umur kita jumpa lagi naaa :D

Okeh. Jom nak gerak balik SP dulu. Byeeeeeee! Family and Friends kat Kedah Penang, tunggu aku pulang! ;)

#NowPlaying Dendang Perantau

Saturday, 16 May 2015

Community Placement : 4 Benevolence

Hallo! here i'm gonna share some experiences and photos about my event last April in Bachok. Bertempat di Rumah Perihatin Nur City Center, Bachok, Kelantan. Dekat sangat dengan Pantai Irama. Atas permintaan pihak sana, kami bermalam di rumah tersebut. Mereka menyediakan satu slot untuk kami, hm..Alhamdulillah..slot motivasi yang menjentik jiwa-jiwa muda kami untuk terus ikhlas berbakti kepada manusia-manusia dan golongan-golongan yang memerlukan. Sebelum tu kami ada berBBQ and sambut birthday anak-anak kat sana yang sambut birthday bulan April. Selepas sesi tu, kami dibawa ke Pantai Irama tu lebih kurang 12 tengah malam mcm tu. MashaAllah, satu pengalaman baru yang aku dapat.. tenangnya ada kat situ..

Nih masa malam tu:





On the Day:









;;Tak banyak gambar yg dapat aku share sb pihak Dr. mintak jangan sebarkan gambar anak-anak di rumah tersebut di media sosial. So, untuk menghormati permintaan pihak mereka aku cuma letak gambar team kerja kitorang je lah. Team Benevolence buat game sukaneka bersama anak2 tersebut and kitorang main sekali dengan diorang. Then, ada coloring contents and makan2.
gituu je lah, tak byk nk dikongsi, cukup buat anak-anak tu happy dan rasa disayangi dikasihi.
WE LOVE, WE CARE

TERIMA KASIH DAUN KELADI, PANJANG UMUR JUMPA LAGI



#DegreeLife last weekend pun ade event training dkt Bachok jugak, this weekend dah x larat nk follow lg event diorang. I need some rest. Next week, gonna have a Trip to Cyberjaya. Jalan-jalan Kuala Lumpur kejap.
Penat mcam mana pun itu lah semuanya yang akan di kenang one day bila dah masok alam pekerjaan. yaappp! Moga Allah berkati usaha dan doa kita. All the best~
 B Y E

Tuesday, 5 May 2015

B E R T A B A H . . .

#HatiPerempuan
Bertabah lah wahai hati, semakin hari semakin menyesak jiwa memikirkan apa kesudahan di dunia, memikirkan apa pengakhiran hidup ini, semakin dewasa meningkat, semakin aku kenal dgn namanya dunia, nampak indah terhias, namun, silap percaturan kau akan tenggelam hanyut di dalamnya, segalanya kau ingin nampak puas untuk diri kau, tapi kau sendiri masih tak mampu puas kan hati yg ingin dipuaskan.

Aku tahu, ramai di antara kita tahu, ujian hadir itu tanda Allah sayang kan kita, DIA rindu rintihan kita, tapi dalam kita tak sedar, kita masih tetap mengeluh dan ada yg tak boleh terima dengan dugaan hadir, hidup ini penuh kifarah. Aku sangat percaya, setiap apa yang kita buat baik atau sebaliknya, pasti akan dibalas, kalau bukan di dunia, kau lihat saja nanti di alam sana, dan kadang ada yang sentiasa di uji, walau hati mereka menerima tapi masih tetap susah untuk merelakan. dan lagi menyedikan, kita yang melihat terasa sekali sakitnya. Tapi untuk mereka yang menerima ujian itu, kalau kau nak tahu, Allah dah beri mereka kekuatan di luar jangkaan mereka. Subahanallah, kasih sayang Allah itu lah kasih sayang paling unik. That's why, people always said anything happen got a reason. Bila kau sabar, terima, redha..dan ganjaran yang hadir akan lebih besar dari apa yang kau terima.  

Cumanya, kadang kita tak mampu bertahan dalam waktu yang terlalu lama. Itulah yang membezakan.
Tahap ketabahan manusia itu berbeza, ada yang terus sabar, kuat dan redha. Ada yang perlukan masa. Ada yang cepat mengalah setelah bertahan sebentar. Dan ada yang tak boleh langsung menerima..
Macam mana tu?

Aku menghargai, sesiapa yg hadir dalam hidup aku. Asalkan dia juga menghargai dan menerima aku seadanya.. Alhamdulillah, hadir kenalan, mencipta kenangan. untuk dirindukan. Setiap yang hadir membawa kisah pengajaran untuk aku terus menjadi seorang manusia yg matang, menangis, kecewa, sedih, bahagia. Semua itu hadiah dan jawapan dari Tuhan.

Semakin matangkah? kuatkah? aku betul2 terasa penat, bila setiap waktu perlu berpura-pura, ada yang tak terpuas dihati, tapi aku tak mampu untuk terus pentingkan diri membuat keputusan mengikut kepala dan hati sendiri, aku semakin sedar tanggungjawab aku pada keluarga. Aku ingin puaskan hati dan keinginan mereka. Ya Allah..

Ya Allah bantulah hatiku, mereka, kami semua. agar setiap kebaikan kami lakukan itu sentiasa ikhlas dan istiaqamah
Aku ingin sangat menjadi penenang hati kepada semua yang aku kenal, yang aku jumpa, yang akan aku kenali, tapi aku akur, itu semua bukan senang, hot temper dan keegoaan masih lagi menguasai diri. aku belum kuat untuk menahan untuk terima sesuatu yg aku tak suka dan sikap buruk masih tetap  berleluasa, walau terkadang niat itu ada, diri ni susah lagi nak menjalankan. kadang2 masih susah nak terima kenyataan, masih susah untuk redha...sedangkan aku nak sangat semua perkara menjadi senang untuk semua..

"Memang tak ada kisah yang sempurna, tapi Allah selalu memberi kasih yang sempurna pada setiap kisah kita, dan ketika kita melihat betapa indahnya kisah orang lain, sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah dari sesiapa" ;')

Meluahkan itu Melegakan
Setiap kita, cara berbeza, Jangan persoalkan kehendak masing-masing

Bicara dari hati, nescaya ia akan jatuh ke hati..untuk semua hati..InsyaAllah
<SEKIAN, SALAM>

...tobecontinuee..



::: nanti aku update pasal event community placement anjuran class aku hujung April haritu, nanti yer nanti! next entry. tq!

Monday, 29 December 2014

Banjir di Kelantan 2014

Assalamualaikum salam semua, i'm was in sad mood...

Apa boleh buat, memang laa masa untuk study untuk final di panjangkan, tapi mereka yang terlibat dengan banjir tu boleh lagi ka nk study? for the first time aku merasai tempias, klau tiap tahun kat kedah tak de lah sampai mcm nih sekali, lagi pon kawasan rumah aku tak pernah lagi laa banjir even kampung aku di bkt mertajam pon tak pernah..

But when i'm here, di bumi Kelantan, what surprising me, banjir yang sangat teruk, sebelum nih pon sama, cuma aku yaalaa tak pernah nak alert sangat, orang kata kalau tak kena kat batang hidung sendiri memang susah nak sedar diri..

Tapi 2014 memang paling teruk sekali, orang sini ckap dekat Machang takkan naik air kalau musim banjir, tapi tiba-tiba tahun nih naik jugak, dan perasaan meredah nya, first time jugak aku rasa, tapi takda laa terok sangat, dan cuma sehari sahaja..tapi sekarang dah 2 minggu berlalu..Machang terutama di kawasan Uitm nih Alhamdulillah ok...

Tapi nya mashaAllah, keadaan Kelantan sekarang sampaikan tiada jalan untuk aku balik kedah walaupon final exam dipospone. Jalan utam menghubung ke utara dkt Gerik tu runtuh, jalan ke Terengganu pon dengar kata masih tutup, and if nak naik flight, aku takut sbb angin kuat, and terbaru kes Qz8501 plak, Allah hu...

Aku tak berapa pasti macam mana keadaan sekarang di luar sana, tapi nya hujan masih kerap turun..and kb pon teruk jugak, cumanya ade member bagitaw tadi dah semakin surut, alhamdulillah, kuala krai tu lah nampak macam terok jaa.. hari-hari dok dengaq bunyi heli je lalu kat atas, and kedai makan area sini asyik penuh tgok orang2 yang lalu otw beri bantuan, askar n so on behenti makan sini..dengan bawak bot lah..

Sedih sgt tegok, macam mana nak kemas lagi nanti, terasa macam nak sgt turun padang beri bantuan, tapi apakan daya...keadaan kami pon..nak study lagi.. klau budak dip yg tak dapat balik tu wah seronok laa dapt turun, dah sini line maxis terputus, nk dptkan internet pon ya rabbi..dengan bekalan elekterik pon asyik terputus, kesian rasa, tengok luahan seorang staff sini yang turun padang bantu menghulurkan bantuan dekat mangsa, kesian tengok anak-anak kecil, ibu-ibu tua, orang yang sakit lagi, sedangkan hospital pon masuk air, premis premis perniagaan pulak, pasti diorang mengalami kerugian dgn barang-barang yang rosak, rumah, kereta hanyut, rosak segala benda perkakas rumah...Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Aku tahu, aturan Allah itu sentiasa terbaik, dan aku percaya..segala yang terjadi nih ada hikmah besar disebaliknya..dan ini jugak petunjuk dari Allah untuk kita manusia yang sering terleka, selalu lupa padanya..selalu tak ingat asal usul kita..Dia sentiasa cuba untuk bukak mata kita, tapi tak ramai pun nak sedar..moga segalanya cepat berlalu, moga episode luka kita cepat berakhir..

Segala ujian yang datang adalah pesanan, yang menyuruh kita menilai dan muhasabah diri sendiri









Kalau kita tak dapat nak membantu dari segi kewangan, jangan lupa kita juga boleh membantu dengan berdoa untuk mereka, semoga mereka tabah dan kuat hadapi semua ini..

:'(

NotaKaki: Doakan untuk bumi Kelantan, Pantai Timur dan Malaysia
Selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Warga UiTM, Kampus Macahang dan Kota Bharu kita lambat sikit yaa..8hb Januari baru start. Ocey!

Monday, 22 December 2014

Dr Anwar fazal Bertunang :)

Assalamulaikum temans walau di mana berada, agak lama aku tak menulis..(hahaha, lupa cek psl blog) mcm mana bleh sampai lupa..too much work laa, for the first time aku merasakan sebagai student universiti sgt lah terok rupanya, buat ijazah tak sama langsung mcm buat diploma ritu, ini klau aku teruskan cita2 aku dulu (nak jadik doktor kononnya..haha) tak tahu laa.. baru belajar kos mcm nih dah nak kemek dah rasa..hahaha, (walaupun cita2 nak jadi doktor tu terpaksa dikuburkankan, tp harap2 semangat kuat sampai dapat tittle "Dr.", walaupon bukan Dr.Medic, heee)
bukan setakat pelajaran tapi ade beberapa faktor lain yang membuatkan aku rasa mcm berat sangat nak hadap semua nih (astagfirullah)......
Macam2 dah jadi..haha, tapi nanti2 lah aku story2 pasal "macam2" tu, esok oke esok..hee, harini nak tulis entry pasal semalam, Dr Anwar Fazal dah pun bertunang..hahaha, akhirnya..sapa dia nih?? Ini lah pennulis buku DIAgnosis, korang bace tak lagi, January next year dah nak keluar DIAgnosis2 kot.. aku pun baru berkesempatan membaca, so far..nice book..menarik and pack dengan pengajaran yg sgt menusuk hati, cari laa..hahaha, klau area utara mcm susah ja nak jumpa dah, asyik abiss je.. boleh kata kan setiap helaian tu ade pengajaran terselit yang akan buat kita kata"haahh laa..hmmm" boleh2 ade yang menangis. hahaha. tapi ceritanya, semalam aku tengok di twitter yang Dr.AF dah bertunang...terkejut jugak, tetiba and tak taw plak..dgn Dr. fatin Liyana (seorang Blogger) haaa..tu je lah, finally.. one more step dah bakal jadi husband ye Dr..hahaha, aku follow DR.AF nih dari twitter, beliau nih sepupu rapat Syamsul Yusuf.. and aku start follow insta dy sebab suka sangat baca ayat2 and stories yang sangat tersentuh hati.. tapi sekarang dy dah tutup insta dy, hope nanti dy akan bukak balik and teruskan macam dulu, sebabnya setiap pagi bangun tido, hahaha...itu yang aku bukak dulu, at least dapat semangat sikit dari situ. hehehe motivasi pagi
herm... hepynya tengok diorang, hahaha..nampak macam seronok ja jd doktor, sebab apa? nampak bergaya, femes, banyak duit? tapi baca DIAgnosis baru tahu, waahhh sangat! bnyak yang perlu di korbankan terutama masa bersama keluarga dan orang tersayang :)  moga DR.Anwar fazal dan Dr.Fatin Liyana yg kiut tu bahagia sampai ke anak cucu..
mmm..tak taw nak tulis pa dah..jom tengok2 gambaq sikit



*****





 Dr.FL,Dr.AF, Dr.Aizzat, DR.Azzah



WAITINGGG DIAgnosis2 next year!


Notakaki: I'm really sick in missing my family..Next year baru bleh balik(4weeks to go)..please jalan cpt masa huii.. and i'm miss u abg .....study week mod turn on! study mod aku blom on lg! musim hujan, hati2 dgn bah! Sejuknyaa Bumi Kelantan
Abah tanya, bila aku nak tulis buku pulak? ada cita2 abah, tp tak taw bila :)

Tuesday, 7 October 2014

Salam Aidiladha

Assalamaualaikum pembuka bicara, sudah lama ambe tak bersua di legasi ini, bukan kerana tak sudi tapi kerana kekangan2 halangan yg tak di duga, Alhamdulillah setelah selama sebulan di Machang akhirnya cuti mid sem pun hadir, walaupon hny seminggu akan ku pastikan ianya berkualiti ! mase raya aku dah jumpa famili2 cumanya ade yg aku nk sgt jumpa tu tp tak terjumpa jgk, tp xpe lah. bukan rezeki, cerita hidup di sana tak lah seindah yg aku impikan.. ade beberapa perkara yg buatkan aku merasa tidak senang sedikit tinggal di sana, tp tak pelah demi segulung ijazah yg aku impikan aku cuba untuk terima kenyataan itu semua. ape hal nya biarlaa aku shja yg tahu, yaa..ini satu2 nya hal yg tak mampu aku nk cerita dkt sape2.. takpaaa.. dan lg satu masalah line internet sana sgt menduga bg aku, yelaa.. dulu kat merbok oke lah jgk.. compared kat sana..hurrmm. and one more things my pinky lappy are broken, totally cant help dy lagi.. and now, in my hand new second hand lappy dah x pink, dah x comey, semuanya abah yg uruskan.. dah x macam aku nak, tp tak ape lah, aku bersyukur dgn apa yg ada, setidaknya... semua nih walupon kurang aku akan guna jgk sedaya upaya utk apa yg aku kejarkan utk apa yg mak abah harapkan, dan boleh bantu aku selesaikan segala tugas2 aku kat sane, aku harap aku dah x manja sgt, aku boleh lagi kuat.. yahh! itu lah yg semua impikan.. insyaAllah, sebenarnya macam2 lg aku nk crita pasal kehidupan baru kat Machang di entry ini tapi ade sesuatu.. cuba baca kat bawah tu.. oke, off to Asar, Takbir !

... hobi aku kan suka upload gambar, tp kali ni aku malas skit nk upload..huhu, tak taw laa aku nih kenapa, asyik malas ajaa, dah laa mcm2 aku plan cuti yg berbaki beberapa hari ja lg nih, tp pnyakit malas tak tau nak habaq nih maiiiiiii.. alamak ! ...

#whateveritis me u and all of us have changed.. i cant describe how it feel, how it be .. .. ..