Assalamualaikum salam semua, i'm was in sad mood...
Apa boleh buat, memang laa masa untuk study untuk final di panjangkan, tapi mereka yang terlibat dengan banjir tu boleh lagi ka nk study? for the first time aku merasai tempias, klau tiap tahun kat kedah tak de lah sampai mcm nih sekali, lagi pon kawasan rumah aku tak pernah lagi laa banjir even kampung aku di bkt mertajam pon tak pernah..
But when i'm here, di bumi Kelantan, what surprising me, banjir yang sangat teruk, sebelum nih pon sama, cuma aku yaalaa tak pernah nak alert sangat, orang kata kalau tak kena kat batang hidung sendiri memang susah nak sedar diri..
Tapi 2014 memang paling teruk sekali, orang sini ckap dekat Machang takkan naik air kalau musim banjir, tapi tiba-tiba tahun nih naik jugak, dan perasaan meredah nya, first time jugak aku rasa, tapi takda laa terok sangat, dan cuma sehari sahaja..tapi sekarang dah 2 minggu berlalu..Machang terutama di kawasan Uitm nih Alhamdulillah ok...
Tapi nya mashaAllah, keadaan Kelantan sekarang sampaikan tiada jalan untuk aku balik kedah walaupon final exam dipospone. Jalan utam menghubung ke utara dkt Gerik tu runtuh, jalan ke Terengganu pon dengar kata masih tutup, and if nak naik flight, aku takut sbb angin kuat, and terbaru kes Qz8501 plak, Allah hu...
Aku tak berapa pasti macam mana keadaan sekarang di luar sana, tapi nya hujan masih kerap turun..and kb pon teruk jugak, cumanya ade member bagitaw tadi dah semakin surut, alhamdulillah, kuala krai tu lah nampak macam terok jaa.. hari-hari dok dengaq bunyi heli je lalu kat atas, and kedai makan area sini asyik penuh tgok orang2 yang lalu otw beri bantuan, askar n so on behenti makan sini..dengan bawak bot lah..
Sedih sgt tegok, macam mana nak kemas lagi nanti, terasa macam nak sgt turun padang beri bantuan, tapi apakan daya...keadaan kami pon..nak study lagi.. klau budak dip yg tak dapat balik tu wah seronok laa dapt turun, dah sini line maxis terputus, nk dptkan internet pon ya rabbi..dengan bekalan elekterik pon asyik terputus, kesian rasa, tengok luahan seorang staff sini yang turun padang bantu menghulurkan bantuan dekat mangsa, kesian tengok anak-anak kecil, ibu-ibu tua, orang yang sakit lagi, sedangkan hospital pon masuk air, premis premis perniagaan pulak, pasti diorang mengalami kerugian dgn barang-barang yang rosak, rumah, kereta hanyut, rosak segala benda perkakas rumah...Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Aku tahu, aturan Allah itu sentiasa terbaik, dan aku percaya..segala yang terjadi nih ada hikmah besar disebaliknya..dan ini jugak petunjuk dari Allah untuk kita manusia yang sering terleka, selalu lupa padanya..selalu tak ingat asal usul kita..Dia sentiasa cuba untuk bukak mata kita, tapi tak ramai pun nak sedar..moga segalanya cepat berlalu, moga episode luka kita cepat berakhir..
Segala ujian yang datang adalah pesanan, yang menyuruh kita menilai dan muhasabah diri sendiri
Kalau kita tak dapat nak membantu dari segi kewangan, jangan lupa kita juga boleh membantu dengan berdoa untuk mereka, semoga mereka tabah dan kuat hadapi semua ini..
:'(
NotaKaki: Doakan untuk bumi Kelantan, Pantai Timur dan Malaysia
Selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Warga UiTM, Kampus Macahang dan Kota Bharu kita lambat sikit yaa..8hb Januari baru start. Ocey!
No comments:
Post a Comment