Di kala air mata mencurah,
Siapa yang tahu melainkan Yang Maha Esa,
Terlalu hati ini kosong tanpa menyimpan cinta yang selayaknya,
Namun apa bisa aku lakukan kerana,
Tiada lagi yang bisa ku biarkan bertahta di hati ini,
Kerana takut luka lama akan berdarah kembali,
Kerana aku bukanlah seorang yang kuat menghadapi sakitnya cinta,
Selama belum ada yang selayaknya,
Biarlah hati ini terus bertahta pada yang satu,
Hanya untuk DIA YANG MAHA ESA
Kerana sudah pasti suatu masa nanti
DIA akan menghantar yang selayaknya buatku....
InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment