Tapi masa hari 1st raya tu aku tengok lah gambar kat instagram.. then, pagi raya tu Wawa Zainal upload gambar anaknya bersama Aeril Zafrel tu.. wah! tak sangka.. yelah sejak kontroversi perkahwinan rahsia diorang tu yang dah ada anak pulak, mesti lah aku sebagai peminat Aeril Zafrel nak sangat tengok cahaya mata Aeril dan Wawa tu yang di beri nama Ahmad Fakharuddin Attar. Nama tu merupakan nama Aeril dalam 7 Petala Cinta dan 99 Kali Rindu.
Baru2 nih kan diorang buat pc.. herm, dari situ semua persoalan dah pon terjawab. Aku sempat tengok kat Melodi Ahad lalu. Diaorang dah bernikah sebanyak 2 kali, 1st pada 25 Februari 2012.. masa tu tanpa sebarang dokumen dan tak berdaftar kat mane2, cuma mengikut hukum syarak, berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam dari Sabah.. kan diorang kahwin senyap2..
Then kali ke2 pada Februari 2013.. dan kali ni baru diorang daftar.. itu pun selepas mendapati Wawa hamil.. Diorang nikah kali ke2 sebab nak anak tu nanti ber-bin kan nama bapanya iaitu Suhairil Suhari. Dan pada 24 Ogos lalu, Wawa selamat melahirkan seorang bayi lelaki.. tengok tu comey kan? huhu
Apa masalah diorang dan David Teo tu malas nak cakap, sebab tak berminat pon hal tu.. dah jodoh diorang, so biarkan lah, siapa kita nak menghalang hubungan diorang.? Jodoh itu milik diorang, Allah yang tentukan.. So sweet both of them, dari awal lagi aku memang dok rasa dah diorang nih macam ade apa2.. ye lah, diorang ni tak abis dok menafikan hubungan sesama mereka.. akhirnya bagi menegelak maksiat, pernikahan merupakan jalan yang terbaik..
Aku doakan mereka bahagia hinggal ke Jannah~ okeh!
Gambar2 daripada sumber Encik Google ;)
No comments:
Post a Comment