"Bila hati dah ikhlas dan merela kan kepergiaan itu... kenapa mesti ada lagi kisahnya hadir... walaupun seketika.. cuma dalam mimpi.. aku tak mahu.. hmm, I hate but I miss him"Zila menatap coretan Alia yang terakhir, sebelum dia meninggalkan bumi Malaysia, perginya bukan sekadar menuntut panggilan kerja semata-mata. Namun kepergiaan itu untuk membawa lari hati yang lara, Tapi itu lah hakikatnya, sejauh mana dia cuba lari, namun bayangan yang tersayang itu masih tetap terus dihati. "Sabarlah sahabatku, Semoga kau kebahagiaan akan menjadi milikmu juga"
.............
"Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya Alia. Mungkin kita tak dapat bersama dengan orang yang kita cinta, tapi percayalah.. Dia mahu temukan awak dengan jodoh awak.. dan awak pasti akan bahagia juga, satu hari nanti"Itulah Hazila, seorang sahabat yang sentiasa besama Alia saat susah senang. Dialah satu-satunya sahabat yang sangat Alia kagumi dan sayangi.
"Menyayangi itu tak semestinya memilikikan?"
"Ya.. saya tahu, tapi saya.."-Alia
"Cukup lah untuk awak tahu yang cinta Ilahi itu melebihi segala2nya, Dia hantarkan ujian ini untuk awak supaya awak dekat denganNYA, mungkin DIA rindukan tangisan dan rintihan awak.. awak, kalau Allah dan tetapkan dia milik awak, walau ke hujung dunia sekalipun awak lari, pasti satu hari nanti dia akan datang dan berikan kebahgiaan untuk awak"
"Awak, cukuplah bahagia itu dengan kita mencintaiNYA, percayalah.. jika sepenuh hati awak mencintaiNYA insyaAllah banyak lagi benda-benda baik yang DIA akan berikan kepada awak, kita selalu ja kan nampak orang yang jahat, zalim dengan Allah tapi Allah masih memberikan kebahagiaan dan kenikmatan hidup untuk dia.. tapi tidak untuk kita yang sentiasa bersamaNYA ni. Apa awak rasa? Adakah awak rasa Allah itu tidak adil?"Sunyi sepi kamar dengan pertanyaan itu. Sejak tadi Alia hanya meminjamkan telinganya sahaja utk mendengar apa yang dikatakan sahabatnya itu.
"Cinta juga boleh mengubah keperibadian seseorang kan? Awak, sebab dia saya dah banyak berubah bila saya kenal dia. Saya ikhlas menyayangi dia. Tapi.."-Alia
"Yaa, saya tahu tu, kita kan lama tak jumpa, I saw a lot of changes inside you and paling ketara sekali now awak dah berhijab. Alhamdulillah, tapi itulah, awak tahukan kalau Allah berikan ujian untuk kita sebab Dia nak kita dekat denganNya. Mungkin juga Allah nak tangguhkan dulu permintaan awak, percayala cakap saya takkan ada masalah yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Allah tahu, hati awak sakit, remuk, kecewa, dan dia tahu dengan cara itu awak akan lebih dekat denganNYA.. Dia rindukan awak"
"Subahanallah... Ya Allah" -Alia. Tangisan hati luka bertukar menjadi tangisan kesyukuran.
"Walaupun Allah tahu awak mungkin tak mampu nak lalui semua ni, tapi Dia akan pinjamkan kekuatan untuk awak lewati semua ni.. Allah itu Maha segala2nya, cintailah Dia nanti awak akan tahu betapa nikmatnya hidup ini. Awak... doa dan teruskan berdoa, sehingga segala harapan awak menjadi kenyataan"..........
"Ya Allah seandainya KAU ciptakan aku sebagai pemilik tulang rusuknya , maka satukan hati kami dalam cinta-MU.. Kuatkan aku menghadapi ujian-Mu Ya Allah.. Seandainya bukan dia yang terbaik untukku, maka KAU berikan aku lelaki yang terbaik untuk membimbing aku ke jalan yang di redhai-Mu..Ya Rabb"
Dari itu, dengan PERASAAN SYUKUR atas setiap keburukan melanda, walaupun dengan kelukaan hati, ianya mampu memberikan sebuah KETENANGAN untuk kita dan keyakinan untuk meneruskan kehidupan ..
I Hate . But I Miss...
No comments:
Post a Comment