Monday, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H

Assalamualaikum kawans, baru saja berlalu pergi tahun 1434 H, kini sudah pun masuk tahun baru,
sekejap sungguh masa berlalu.. Rasa baru ja sambut Awal Muharam tahun lepas. Umur pun semakin meningkat.. tanggungjawab juga semakin bertambah..
Allah Kau permudahkan untuk kami akan segala urusan kehidupan kami, sihatkan tubuh badan kami, kuat dan tabahkan hati kami meneruskan perjalanan kehidupan kami, bukakanlah cerahkanlah pintu hati kami agar terus bersamaMU.. Jangan Kau gelapkan dan jangan juga Kau tutup pintu hati ini daripada menerima hidayahMU..

..Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan..

Sedikit cerita mengenai Maal Hijrah:
"Sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario lanskap dunia.  Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri.  Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja."

So, esok abah kata nk ke Alor Setar, ke rumah Cik Nah jumpa Mak Tok kat sana.. esok jugak kawan Mashitah, si Aiman tu jemput makan tengahari di rumah dia, dia buat majlis doa selamat semperna keberangkatan dia ke Mesir tak lama lagi.. tu kawan adik aku masa dia dekat SMKA Baling dulu, pandai bukan main... straight A tu.. InsyaAllah, esok aku pi jugak kot kalau takda apa-apa. Lama tak jumpa dia.. last jumpa pun masa dia mai rumah aku masa buat kenduri baca yassin awal tahun aritu..
oke now makan malam time.. Salam !

Menyambut Awal Tahun Islam dengan penuh kesyukuran~

#ALLAHmaafKanHambaMUini


No comments:

Post a Comment