Wednesday, 5 February 2014

Semangat Baru Shahir

COPY PASTE.. *peace.. >btw C O N G R A T U L A T I O N S !!!!! SHAHIR !!!  Seriusly mmg xsangk betol Shahir msok top5 abp tu..yelah lama menghilang, bila muncul balik tetiba top5..Shahir mmg terbaiKKK..always Love and Support You.. :D
Shahir
Kesungguhan peminat mengundi hingga namanya bolos ke peringkat Top 5 kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 membuatkanShahir terharu. 
Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu tidak menyangka peminat masih memberi sokongan tidak berbelah-bahagi, biarpun pernah ‘hilang’ daripada radar dunia seni hampir dua tahun akibat masalah keluarga.
Dihubungi HIP baru-baru ini, jejaka yang memilih ‘bertapa’ di kampung halaman di Kampar, Perak, berterima kasih kepada peminat yang masih memberikanpeluang kepadanya. Sokongan itu menguatkan lagi semangat anak mudaini untuk memberi fokus kepada kerjaya nyanyian yang ditinggalkan.
“Ketika dimaklumkan pengurus mengenai kejayaan saya ke peringkat akhir ABPBH 2013, saya memang tidak percaya. Sewaktu majlis pengumumanberlangsung, saya sedang bercuti bersama beberapa rakan di Bandung. Jadi, bagi meyakinkan saya, pengurus menghantar bukti pencalonan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Selepas melihat bukti itu, barulah saya percaya. Saya terkejut dan pada waktu sama, perasaan segan menerjah diri. Saya takut kelayakan dipertikai garagara pernah ‘hilang’ lebih setahun. Saya juga berasa bersalah kepada peminat.
“Bagaimanapun, saya cuba melihat perkara ini dari sudut positif. Mungkin pencalonan ini boleh menjadi perangsang sempena kepulangan semula saya dalam bidang seni. Memang saya cukup bersemangat, perasaan ini sama seperti ketika meninggalkan AF empat tahun lalu,” katanya yang tidak tahu cara untuk membalas pengorbanan peminat.
Bukan lari daripada gosip
Shahir juga berterima kasih kepada pencipta lagu Aku Yang Berdosa dan Dia Yang Kau Pilih iaitu Sham Kamikaze.
Menurutnya, jika lagu itu tidak diputarkan dengan meluas di radio, pasti ingatan peminat terhadapnyaakan lupus.
Biarpun mengakui semangat yang meresap dalam dirinya meluapluapbagai baharu dilahirkan untuk menjadi penyanyi, namun jejaka ini tidak berani memberi jaminan tidak akan meninggalkan dunia hiburan sekali lagi.
“Sebagai manusia, saya hanya mampu merancang. Kita tidak tahu sama ada apa yang dirancang akan terlaksana atau tidak. Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, saya bersemangat untuk kembali mewarnai dunia seni.
“Umpama mendapat semangat baharu, saya berjanji akan menghasilkan karya terbaik bagi membalas budi peminat. Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang kerana pada kemudian hari, Dia yang akan menentukan segala-galanya,” katanya yang menjelaskan kehilangannya bukan kerana melarikan diri daripada gosip.
Sebaliknya, anak sulung daripada lima beradik itu menjelaskan, dia menghilang kerana perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Enggan mendedahkan apa yang berlaku, kata jejaka ini, dia terpaksa meninggalkan seketika kerjaya seni kerana perlu menjaga kebajikan dua adik yang sedang bersekolah. Ini kerana, ketika itu, ibunya terpaksa memberikan tumpuan kepada bapanya yang sakit.
Sumber: Berita Harian
www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment