Sunday, 10 November 2013

Perkahwinan Fizo Omar dam Mawar Fareeda

Assalamualaikum.. semua tahu kan arini 10 November 2013, pelakon dan pengacara Wan Hafizol Wan Omar,28, atau Fizo Omar selamat menjadi suami kepada anak pengasas tudung Fareeda, Mawar Abdul karim,24, kira jam 9:30 pagi tadi dengan sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM 506..
Dalam majlis tersebut pihak pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran antaranya mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motisikal, jongkong emas bertulis 'Fizo Love Mawar' seberat 1.011 kg dan dibalas sebanyak sembilan dulang oleh pengantin perempuan..
Yelah dah trending kot #fizomawar kat Twitter sejak tengahari tadi.. and majlis akad nikah itu tadi disiarkan secara live di Nasi Lemak Kopi O TV9.. di mana Ag dah Luq membuat lintas lansung dari kediaman pengantin perempuan di Country Heights, Kajang.. (lawak lah Ag ngn Luq punya soalan) Aku pon berkesempatan lah tengok pagi tadi.. rasa macam ade kat situ ja tadi.. hahha
Ape yang menariknya ade Nazim Othman..huhu, tak sangka lak nak nmpk abg nazim dalam tv td.. oke, nazim tu salah seorang daripada selebriti yang membawa dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki.. di ketuai oleh Datuk Rosyam Nor..antara yang lain Johan As'ari, Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Shaheizy Sam, Karl Shafek dan Kamal Adli..perghh..
Selama setahun menanti dan cuba mendapatkan no. telefon Mawar, akhirnya Fizo berjaya mendapatkannya daripada ibu Mawar dan dalam tempoh 6 bulan mengenal hati budi masing2 akhirnya kini Mawar telah pun menjadi suri hati Fizo Omar.. Maka dengan ini putus sudah harapan gadis2 di luar sana saat Fizo melafazkan 'aku terima nikahnya'..heeee..tengok diorang berdua nih memang sama cantik sama padan.. Mawar pon ahli business.. muda lagi tu.. kagum dengan diorang..serius mawar milik abg fizo nih mmg cantik sangat, anak mami gitu..subahanallah..indah ciptaan Nya itu, pandai abg fizo cari..patutlah tunggu selama setahun tu.. ape2 pon
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL BAHAGIA SAMPAI KE SYURGA..
serius mawar abg fizo ni

Gambar2 sekitar majlis pertunangan









Ketika majlis Berinai..Theme Bollywood




Sekitar majlis Akad Nikah

































CHECK OUT THIS VIDEO..LIVE NLKO
http://www.youtube.com/watch?v=xx87XcfORS8

sumber2 gambar dari blog RotiKaya OhBulan dan lain2.. insta shila. nazim. iqram.. tqvm
menurut sebuah blog yg aku bace tu, katanya pasangan ini akan membuat majlis resepsi di kelantan pulau pinang dan kuala lumpur, ermm klau betul ade chance lah nk pegi yg dekat pp tu klau xdk apa2 halang melintang..hehe yela kak Mawar tu kan org Pulau Pinang.. anak mami tu..

Friday, 8 November 2013

November Hang Outz

Assalamualaikum.. two days ago.. aku sempat jugak keluar dengan kengkawan sekolah yang agak lama lah tak jumpa tu.. setahun ade la 2 3 kali dapat kumpul2 cemtu.. mase Iftar aritu pon tak semua ade.. Linda dan Mazlifah klau blik cuti mmg menjadi lah plan kami keluar sesama.. tu pon diorang blik cuti deepavali dan awal muharam aritu.. esok lusa diorang dah blik ke tempat masing2.. memandang aritu keluar pon dah lewat tak dak la kami pegi jalan mane2 pon.. just tgok wayang, makan2, sembang2 dan pusing2 dalam Amanjaya Mall jer.. ye la..anak dara mane leh blik umah lewat2.. mak abah aku tu mananya bagi aku balik memalam.. akhirnya tertunai jugak hajat aku nk tgok movie THOR tu.. sebelum ni tak dak sapa nak teman.. serius best crita tu..

So.. nih sedikit sebanyak pictures kitorang

us FRIENDS Forever.. 
Maz, Ninie, Farah, Su, aku, Linda





Su nih kawan aku paling comeh.. hehe.. dia skrg study kat UiTM Arau



mase sekolah, ade je org kata kami kembaq.. serius xnmpk kat mana yg sama muka kami ni? Maz.. skrg study kt USM Nibong Tebal

Susah senang dia lah tempat rujukan aku.. Linda.. klau time sekolah lu aku ngn dy suka berselisih pendapat.. skrg dia study kat USM Kelantan

SEKIANs

Monday, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H

Assalamualaikum kawans, baru saja berlalu pergi tahun 1434 H, kini sudah pun masuk tahun baru,
sekejap sungguh masa berlalu.. Rasa baru ja sambut Awal Muharam tahun lepas. Umur pun semakin meningkat.. tanggungjawab juga semakin bertambah..
Allah Kau permudahkan untuk kami akan segala urusan kehidupan kami, sihatkan tubuh badan kami, kuat dan tabahkan hati kami meneruskan perjalanan kehidupan kami, bukakanlah cerahkanlah pintu hati kami agar terus bersamaMU.. Jangan Kau gelapkan dan jangan juga Kau tutup pintu hati ini daripada menerima hidayahMU..

..Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan..

Sedikit cerita mengenai Maal Hijrah:
"Sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario lanskap dunia.  Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri.  Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja."

So, esok abah kata nk ke Alor Setar, ke rumah Cik Nah jumpa Mak Tok kat sana.. esok jugak kawan Mashitah, si Aiman tu jemput makan tengahari di rumah dia, dia buat majlis doa selamat semperna keberangkatan dia ke Mesir tak lama lagi.. tu kawan adik aku masa dia dekat SMKA Baling dulu, pandai bukan main... straight A tu.. InsyaAllah, esok aku pi jugak kot kalau takda apa-apa. Lama tak jumpa dia.. last jumpa pun masa dia mai rumah aku masa buat kenduri baca yassin awal tahun aritu..
oke now makan malam time.. Salam !

Menyambut Awal Tahun Islam dengan penuh kesyukuran~

#ALLAHmaafKanHambaMUini