Tuesday, 27 May 2014

Assalamualaikum
Salam Israk Mikraj, arini kebetulan aku off, dpt lah berbahagia sat di rumah :D
Akhirnya pencarian aku berakhir juga, dekat 2 minggu jugak lah dah keja selepas berehat dekat 2 bulan..haha..Alhamdulillah rezeki, walupon agak berat juga awai2 tu..apapon, kena lah bertahan jugak..insyaAllah..moga Allah permudahkan segalanya..kt tmpat keja tu oke laa, just serve customers yg mcm2 perangai tu..tambah2 yg datin2 tu, huiii..lagi satu bila stock sampai tu kelam kelibut jugak r..penat deh..tambah nak raya nih..saboo ja lah :')
Nih gambaq kami, satu ari tu boss suruh semua pkai barang di situ, nak hntar gambar kt big boss di KL..apa lagi..


Then, sabtu lepas wedding day kak Nurul, family di sini kovoi 4 biji keta ke Rawang..tak ramai yg pegi, aku n abah jaa wakil family aku, yg lain pon yg free je pegi..balik tu singgah ke Sungai Klah, Sungkai..tempat rekreasi dan ayaq panas tu, best sangat, tp sayang..tak plan awai nk g sana, klau tak bleh mandi manda se-round..to kak Nurul and husband..Selamat Pengantin Baru, cepat2 dapat baby yer :D
geng aku ada munirah and sarah jaa, mashitah and shuada xmai pon, tp kami tetap bersakan berselfie.hahaha
insyaAllah this coming november munirah pulak..haha, aku ja xtaw bila :D :D





























*****
"Apa pun yang nampak or rasa susah sekarang atau ke depan, tetap akan berakhir juga nanti..just try the best and lalui dgn penuh sabar dan doa..InsyaAllah kita akan tersenyum juga bila masanya tiba..and step hidup, biasa lah kejap senang, kejap susah..hanya mampu nasihat pada hati tabah lah menghadapi, insyaAllah insyaAllah insyaAllah..kesenangan hakiki di syurga kelak"

SALAM ISRAK MIKRAJ

Friday, 9 May 2014

"Complete"

Assalalmualaikum, salam sejahtera..tarikh keramat 9 Mei 2014 dah pun hadir, students diploma and Asasi semua pakat check result dah kan? heee, Alhamdulillah Allah masih berikan sekali lg kesempatan untuk tersenyum ketika melihat result pagi tadi..hehe :) and paling penting i'm officially graduated from Diploma in Office Management and Technology (UiTM). yeaayy!! yang pasti perjalanan masih panjang untuk di teruskan, murah rezeki, insyaAllah Degree is coming on this September..insyaAllah....semoga segalanya di permudahkan Allah SWT
Terasa berbayar sudah segala keperitan dan kepayahan selama ini, air mata yg menjadi peneman kini telah pun mampu tersenyum, sesungguhnya rahmat Allah itu sentisa ada utk kita, banyak2 doa dan sabar...oke
Terima kasih lah dkt mak abah, selalu ada di di belakang memberi sokongan, adik2 yg selalu mendoakan lecturer2 yang banyak memberi tunjuk ajar, insyaAllah ilmu itu akan cuba diguna pakai kelak dan kawan2 yang sentiasa ada bersama tika susah dan senang, walaupon macam2 ragam kawan2 yang aku jumpa, itu semua bagi aku adalah satu pengajaran dalam kehidupan.. thanks to semua yg sudi mendoakan, moga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan Ilahi..


CONGRATULATIONS UTK KITA!


to 'senior' yg akan berkonvokesyen pada 19hb nih, TAHNIAH yaa..maap lah ye xdpt pegi, nnt share2 ler gambo :D heeee


yg ralat sekarang nih, xdk keje lg,hahaha ape pasal lah susah beno nk dapt keje kali nih..huaaa

"Ya Allah murahkan lah rezeki kami semua, permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kami"

Al-Fatihah untuk arwah Mak Long, dah genap sebulan arwah pergi~

Tuesday, 8 April 2014

Kenangan Sakura di Merbok, Kedah

Assalamualaikum, dan lama sangat tak mencoretkan apa-apa di sini.. dah dekat seminggu habis final aku, Syukur Alhamdulillah.. akhirnya selesai jugak segala tugas untuk semester ini, semester terakhir ini.. terasa hilang segala beban yang di tanggung selama ini.. apa-apa keputusan pon sekarang hanya mampu tawakal saja.. semoga Allah memberkati segala usaha aku bersama rakan-rakan dan memberikan sebuah kejayaan yang membanggakan untuk kami semua.. yang sedihnya, I have to leave uitm merbok di saat keadaan nya sangat cantik sangat indah dan mendapat perhatian ramai, gugurnya sakura di situ..huhu, tp tu lah masa paper aku aritu aku p oke jaa tgok cuci mata, cuci hati, cuci jiwa...tp balik tu bleh pulak hujan lebat..hurmm, abis ler perancangan nk bgambar tu.. kalau tak dah sah2 aku letak lagi bnyk gambar dalam entry nih.. but then, for the chance to see the beautiful.. its enough for me, bersyukur! I'll miss everything here, 3 years be there, banyak pengajaran tentang kehidupan aku pelajari..ternyata..jalan aku masih panjang, dan masih ramai orang yang bakal aku jumpa, yang akan aku kenal..apa yang penting jangan cepat percaya orang yang baru di kenal, bukan mudah untuk jumpa sahabat yang boleh di percayai.. just percaya apa yang ibu bapa kita cakap sahaja..
NEXT projek..herm, mestilah kena cari kerja kumpul duit maa.. kalau ade rezeki sambung degree bln 9 nanti, banyak duit nak pakai, x bleh jugak nak harap abah saja nnati, kesian abah..harap2 nanti ade lah rezeki untuk aku membantu abah..semoga segalanya di permudahkan.. aminnn ;')









*akibat malas nk crop..so aku letak ja terus gambar yg aku screenshoot kan ini..tq kepada photographer yg amik gambar2 nih, cantik sangat!!!


Ini lah teman2 seperjuanganku di semester akhir


 
one more thing, my love cozen Munirah dah pon jadi tunangan orang.. yaAllah.. mcm x percaya ja, but so sad i cant be there when her engagement day..huhu, tp tu lah kita di lahirkan pada tahun yang sama, tp dy muda lg pada aku sb bln 12 and aku bln 8, growing up together..and now..dy bakal menikah dulu..huhu, itulah jodoh, we dont know, jodoh ajal rezeki di tangan Tuhan.. Love u my pretty..  


 my lovely Diploma's classmate..love forever

Hope result yang bakal keluar nanti, mampu memberi kebahagian buat diri aku dan juga keluarga tersayang terutama sekali mak dan abah.. dan semoga permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran juga diterima.. itu adalah harapan dan satu2nya cita2 aku aku selama ini, setidak2nya memiliki segulung Ijazah.. I will fight for it..yaahhh..

erm? sape ade keja kosong??!

Tuesday, 4 March 2014

Allah beri Ujian kerana DIA sayangkan kita

Assalamualaikum, lama sgt x melawat di halaman ini.. malam nih lepas siapkan esaimen aom td, rasa free sikit..lepas ja forum bel td rasa lega abis..walaupon next week masih ada test.. (next week jaa!) then abis..dah study week..and insyaAllah my diploma dah tamat..Alhamdulillah..selama 3 tahun macam2 dugaan aku lalui di sini..harap lepas nih dapat lagi sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi..amin..*kerana itu impian dan cita2ku

Taday:
Ada sesuatu yang amat mnyedihkan hatiku dan aku mmg terkejut sangat2 dengar cerita ini, tengahari tadi aku dapat berita, ayah mamai kawan baik aku telah kembali ke Rahmatullah.. memang macam tak percaya jaa.. rasa baru ja jumpa adik dy and arwah ayah dy kat kedai buku aritu, nampak sihat jaa..tiba2 skrg dapat berita dah x dak..baru2 nih dy ada bgtaw, mntk doakan ayah dy..ayah dy tgah dalam icu time tu..tp aku sibuk skit time tu, x sempat nk msj dy nk tny ayah dy sakit apa..lepas tu aku lupaa..tiba2 arini dpt berita mcm tu..serius, x sangka sgt, sedeh nyaa..Lepas tu, aku ada call mak aku tanya jenazah dah sampai ka kat rumah, sb rumah aku dgn dy dekat jaa..aku nk balik sat tgok, lagi pon td class dah abis..tp mak ckp jenazah diorg bwk balik kg depa.. aku try call mamai, tp xdapat.. mybe dy tgh sibuk kot  dan masih bersedih lg..tp aku da wassap dy..

Aku tahu dy kuat, dy memang seorang yang kuat, bila aku jauh dr mak abah aku, di sini dy lah sumber kekuatan aku, bg semangat..tp sem nih dy dah xdak kat sini (dy dpat spa). dy baik sgt, suka tolong aku, aku nih rasa mcm dy tu kak aku jaa..sb tu rezeki dy sentisa murah, tp kali ni aku tahu ujian ini terlalu berat buat dy, kalau boleh aku nak jaa duduk di sebelah dia, beri semangat kt dy..tp aku x mampu nk pergi atas sb2 lain.. dari jauh aku hanya mampu berdoa supaya dia tenang dan tabah serta redha dengan ujian Tuhan ini.. aku faham sgt betapa dy sangat sayangkan ayah dia tu..faham sgt..aku tak tahu kalau aku berada di tempat dia, aku mampu ke tak hadapi semua tu, aku tak pernah lagi merasakan kehilangan org2 yg aku cintai..aku harap sgt kalau Allah nk cabut nyawa, cabutlah nyawa aku dulu, bukan org2 yg aku cintai kerana aku x mau merasai sakit kehilangan seperti itu, sb aku bukan seorang yg kuat utk hadapi saat2 seperti..Allah hu Akbar.......Ya Allah.......
Bila mana aku merasakan aku menerima ujian Allah paling berat, namun masih ada org yang lebih berat ujian daripadaNYA

Tadi aku ada tanya sorang kawan komander mamai, dy and geng komander g tgok arwah ptg td sampai dikebumikan td..lepas Isyak tadi dah selamat semuanya..dy bgtaw, arwah kena strok..rupanya yg mamai bgtaw ayah dy msok hopital tu sb tulah..sungguh x sangka, sekelip mata jaa...bila sampai ja masa, cepat atau lambat, sihat atau sakit.. MATI ITU PASTI..
Kembalinya kita ke sana, tidak mungkin ada lagi peluang kedua untuk kita, tapi sekarang sebelum matahari terbit dari sebelah barat..kita masih punya waktu..Allah..lihat keadaan dunia sekarang, dah macam sgt x menentu..KITA SEMAKIN HAMPIR..
"Ya Allah, KAU selamatkan lah aku, ayah ibuku, adik2ku, saudara maraku, sahabat2ku, teman2ku, guru2ku, jiran2ku serta seluruh umat Islam..dari fitnah Dajjal.  Matikanlah kami dalam keadaan yang beriman"
AL-FATIHAH

**dah la baru2 ni aku merajuk ngn dy, benda remeh jaa..hermm..tp apa pon dalam dunia nih aku baru jumpa a few sahabat(xsampai 10), dan dy satu diantaranya.. I love U "kerana kita sahabat selamanya"-katanya

Wednesday, 5 February 2014

Semangat Baru Shahir

COPY PASTE.. *peace.. >btw C O N G R A T U L A T I O N S !!!!! SHAHIR !!!  Seriusly mmg xsangk betol Shahir msok top5 abp tu..yelah lama menghilang, bila muncul balik tetiba top5..Shahir mmg terbaiKKK..always Love and Support You.. :D
Shahir
Kesungguhan peminat mengundi hingga namanya bolos ke peringkat Top 5 kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 membuatkanShahir terharu. 
Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu tidak menyangka peminat masih memberi sokongan tidak berbelah-bahagi, biarpun pernah ‘hilang’ daripada radar dunia seni hampir dua tahun akibat masalah keluarga.
Dihubungi HIP baru-baru ini, jejaka yang memilih ‘bertapa’ di kampung halaman di Kampar, Perak, berterima kasih kepada peminat yang masih memberikanpeluang kepadanya. Sokongan itu menguatkan lagi semangat anak mudaini untuk memberi fokus kepada kerjaya nyanyian yang ditinggalkan.
“Ketika dimaklumkan pengurus mengenai kejayaan saya ke peringkat akhir ABPBH 2013, saya memang tidak percaya. Sewaktu majlis pengumumanberlangsung, saya sedang bercuti bersama beberapa rakan di Bandung. Jadi, bagi meyakinkan saya, pengurus menghantar bukti pencalonan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Selepas melihat bukti itu, barulah saya percaya. Saya terkejut dan pada waktu sama, perasaan segan menerjah diri. Saya takut kelayakan dipertikai garagara pernah ‘hilang’ lebih setahun. Saya juga berasa bersalah kepada peminat.
“Bagaimanapun, saya cuba melihat perkara ini dari sudut positif. Mungkin pencalonan ini boleh menjadi perangsang sempena kepulangan semula saya dalam bidang seni. Memang saya cukup bersemangat, perasaan ini sama seperti ketika meninggalkan AF empat tahun lalu,” katanya yang tidak tahu cara untuk membalas pengorbanan peminat.
Bukan lari daripada gosip
Shahir juga berterima kasih kepada pencipta lagu Aku Yang Berdosa dan Dia Yang Kau Pilih iaitu Sham Kamikaze.
Menurutnya, jika lagu itu tidak diputarkan dengan meluas di radio, pasti ingatan peminat terhadapnyaakan lupus.
Biarpun mengakui semangat yang meresap dalam dirinya meluapluapbagai baharu dilahirkan untuk menjadi penyanyi, namun jejaka ini tidak berani memberi jaminan tidak akan meninggalkan dunia hiburan sekali lagi.
“Sebagai manusia, saya hanya mampu merancang. Kita tidak tahu sama ada apa yang dirancang akan terlaksana atau tidak. Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, saya bersemangat untuk kembali mewarnai dunia seni.
“Umpama mendapat semangat baharu, saya berjanji akan menghasilkan karya terbaik bagi membalas budi peminat. Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang kerana pada kemudian hari, Dia yang akan menentukan segala-galanya,” katanya yang menjelaskan kehilangannya bukan kerana melarikan diri daripada gosip.
Sebaliknya, anak sulung daripada lima beradik itu menjelaskan, dia menghilang kerana perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Enggan mendedahkan apa yang berlaku, kata jejaka ini, dia terpaksa meninggalkan seketika kerjaya seni kerana perlu menjaga kebajikan dua adik yang sedang bersekolah. Ini kerana, ketika itu, ibunya terpaksa memberikan tumpuan kepada bapanya yang sakit.
Sumber: Berita Harian
www.bharian.com.my