Saturday, 16 May 2015

Community Placement : 4 Benevolence

Hallo! here i'm gonna share some experiences and photos about my event last April in Bachok. Bertempat di Rumah Perihatin Nur City Center, Bachok, Kelantan. Dekat sangat dengan Pantai Irama. Atas permintaan pihak sana, kami bermalam di rumah tersebut. Mereka menyediakan satu slot untuk kami, hm..Alhamdulillah..slot motivasi yang menjentik jiwa-jiwa muda kami untuk terus ikhlas berbakti kepada manusia-manusia dan golongan-golongan yang memerlukan. Sebelum tu kami ada berBBQ and sambut birthday anak-anak kat sana yang sambut birthday bulan April. Selepas sesi tu, kami dibawa ke Pantai Irama tu lebih kurang 12 tengah malam mcm tu. MashaAllah, satu pengalaman baru yang aku dapat.. tenangnya ada kat situ..

Nih masa malam tu:





On the Day:









;;Tak banyak gambar yg dapat aku share sb pihak Dr. mintak jangan sebarkan gambar anak-anak di rumah tersebut di media sosial. So, untuk menghormati permintaan pihak mereka aku cuma letak gambar team kerja kitorang je lah. Team Benevolence buat game sukaneka bersama anak2 tersebut and kitorang main sekali dengan diorang. Then, ada coloring contents and makan2.
gituu je lah, tak byk nk dikongsi, cukup buat anak-anak tu happy dan rasa disayangi dikasihi.
WE LOVE, WE CARE

TERIMA KASIH DAUN KELADI, PANJANG UMUR JUMPA LAGI



#DegreeLife last weekend pun ade event training dkt Bachok jugak, this weekend dah x larat nk follow lg event diorang. I need some rest. Next week, gonna have a Trip to Cyberjaya. Jalan-jalan Kuala Lumpur kejap.
Penat mcam mana pun itu lah semuanya yang akan di kenang one day bila dah masok alam pekerjaan. yaappp! Moga Allah berkati usaha dan doa kita. All the best~
 B Y E

Tuesday, 5 May 2015

B E R T A B A H . . .

#HatiPerempuan
Bertabah lah wahai hati, semakin hari semakin menyesak jiwa memikirkan apa kesudahan di dunia, memikirkan apa pengakhiran hidup ini, semakin dewasa meningkat, semakin aku kenal dgn namanya dunia, nampak indah terhias, namun, silap percaturan kau akan tenggelam hanyut di dalamnya, segalanya kau ingin nampak puas untuk diri kau, tapi kau sendiri masih tak mampu puas kan hati yg ingin dipuaskan.

Aku tahu, ramai di antara kita tahu, ujian hadir itu tanda Allah sayang kan kita, DIA rindu rintihan kita, tapi dalam kita tak sedar, kita masih tetap mengeluh dan ada yg tak boleh terima dengan dugaan hadir, hidup ini penuh kifarah. Aku sangat percaya, setiap apa yang kita buat baik atau sebaliknya, pasti akan dibalas, kalau bukan di dunia, kau lihat saja nanti di alam sana, dan kadang ada yang sentiasa di uji, walau hati mereka menerima tapi masih tetap susah untuk merelakan. dan lagi menyedikan, kita yang melihat terasa sekali sakitnya. Tapi untuk mereka yang menerima ujian itu, kalau kau nak tahu, Allah dah beri mereka kekuatan di luar jangkaan mereka. Subahanallah, kasih sayang Allah itu lah kasih sayang paling unik. That's why, people always said anything happen got a reason. Bila kau sabar, terima, redha..dan ganjaran yang hadir akan lebih besar dari apa yang kau terima.  

Cumanya, kadang kita tak mampu bertahan dalam waktu yang terlalu lama. Itulah yang membezakan.
Tahap ketabahan manusia itu berbeza, ada yang terus sabar, kuat dan redha. Ada yang perlukan masa. Ada yang cepat mengalah setelah bertahan sebentar. Dan ada yang tak boleh langsung menerima..
Macam mana tu?

Aku menghargai, sesiapa yg hadir dalam hidup aku. Asalkan dia juga menghargai dan menerima aku seadanya.. Alhamdulillah, hadir kenalan, mencipta kenangan. untuk dirindukan. Setiap yang hadir membawa kisah pengajaran untuk aku terus menjadi seorang manusia yg matang, menangis, kecewa, sedih, bahagia. Semua itu hadiah dan jawapan dari Tuhan.

Semakin matangkah? kuatkah? aku betul2 terasa penat, bila setiap waktu perlu berpura-pura, ada yang tak terpuas dihati, tapi aku tak mampu untuk terus pentingkan diri membuat keputusan mengikut kepala dan hati sendiri, aku semakin sedar tanggungjawab aku pada keluarga. Aku ingin puaskan hati dan keinginan mereka. Ya Allah..

Ya Allah bantulah hatiku, mereka, kami semua. agar setiap kebaikan kami lakukan itu sentiasa ikhlas dan istiaqamah
Aku ingin sangat menjadi penenang hati kepada semua yang aku kenal, yang aku jumpa, yang akan aku kenali, tapi aku akur, itu semua bukan senang, hot temper dan keegoaan masih lagi menguasai diri. aku belum kuat untuk menahan untuk terima sesuatu yg aku tak suka dan sikap buruk masih tetap  berleluasa, walau terkadang niat itu ada, diri ni susah lagi nak menjalankan. kadang2 masih susah nak terima kenyataan, masih susah untuk redha...sedangkan aku nak sangat semua perkara menjadi senang untuk semua..

"Memang tak ada kisah yang sempurna, tapi Allah selalu memberi kasih yang sempurna pada setiap kisah kita, dan ketika kita melihat betapa indahnya kisah orang lain, sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah dari sesiapa" ;')

Meluahkan itu Melegakan
Setiap kita, cara berbeza, Jangan persoalkan kehendak masing-masing

Bicara dari hati, nescaya ia akan jatuh ke hati..untuk semua hati..InsyaAllah
<SEKIAN, SALAM>

...tobecontinuee..



::: nanti aku update pasal event community placement anjuran class aku hujung April haritu, nanti yer nanti! next entry. tq!

Monday, 29 December 2014

Banjir di Kelantan 2014

Assalamualaikum salam semua, i'm was in sad mood...

Apa boleh buat, memang laa masa untuk study untuk final di panjangkan, tapi mereka yang terlibat dengan banjir tu boleh lagi ka nk study? for the first time aku merasai tempias, klau tiap tahun kat kedah tak de lah sampai mcm nih sekali, lagi pon kawasan rumah aku tak pernah lagi laa banjir even kampung aku di bkt mertajam pon tak pernah..

But when i'm here, di bumi Kelantan, what surprising me, banjir yang sangat teruk, sebelum nih pon sama, cuma aku yaalaa tak pernah nak alert sangat, orang kata kalau tak kena kat batang hidung sendiri memang susah nak sedar diri..

Tapi 2014 memang paling teruk sekali, orang sini ckap dekat Machang takkan naik air kalau musim banjir, tapi tiba-tiba tahun nih naik jugak, dan perasaan meredah nya, first time jugak aku rasa, tapi takda laa terok sangat, dan cuma sehari sahaja..tapi sekarang dah 2 minggu berlalu..Machang terutama di kawasan Uitm nih Alhamdulillah ok...

Tapi nya mashaAllah, keadaan Kelantan sekarang sampaikan tiada jalan untuk aku balik kedah walaupon final exam dipospone. Jalan utam menghubung ke utara dkt Gerik tu runtuh, jalan ke Terengganu pon dengar kata masih tutup, and if nak naik flight, aku takut sbb angin kuat, and terbaru kes Qz8501 plak, Allah hu...

Aku tak berapa pasti macam mana keadaan sekarang di luar sana, tapi nya hujan masih kerap turun..and kb pon teruk jugak, cumanya ade member bagitaw tadi dah semakin surut, alhamdulillah, kuala krai tu lah nampak macam terok jaa.. hari-hari dok dengaq bunyi heli je lalu kat atas, and kedai makan area sini asyik penuh tgok orang2 yang lalu otw beri bantuan, askar n so on behenti makan sini..dengan bawak bot lah..

Sedih sgt tegok, macam mana nak kemas lagi nanti, terasa macam nak sgt turun padang beri bantuan, tapi apakan daya...keadaan kami pon..nak study lagi.. klau budak dip yg tak dapat balik tu wah seronok laa dapt turun, dah sini line maxis terputus, nk dptkan internet pon ya rabbi..dengan bekalan elekterik pon asyik terputus, kesian rasa, tengok luahan seorang staff sini yang turun padang bantu menghulurkan bantuan dekat mangsa, kesian tengok anak-anak kecil, ibu-ibu tua, orang yang sakit lagi, sedangkan hospital pon masuk air, premis premis perniagaan pulak, pasti diorang mengalami kerugian dgn barang-barang yang rosak, rumah, kereta hanyut, rosak segala benda perkakas rumah...Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Aku tahu, aturan Allah itu sentiasa terbaik, dan aku percaya..segala yang terjadi nih ada hikmah besar disebaliknya..dan ini jugak petunjuk dari Allah untuk kita manusia yang sering terleka, selalu lupa padanya..selalu tak ingat asal usul kita..Dia sentiasa cuba untuk bukak mata kita, tapi tak ramai pun nak sedar..moga segalanya cepat berlalu, moga episode luka kita cepat berakhir..

Segala ujian yang datang adalah pesanan, yang menyuruh kita menilai dan muhasabah diri sendiri









Kalau kita tak dapat nak membantu dari segi kewangan, jangan lupa kita juga boleh membantu dengan berdoa untuk mereka, semoga mereka tabah dan kuat hadapi semua ini..

:'(

NotaKaki: Doakan untuk bumi Kelantan, Pantai Timur dan Malaysia
Selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Warga UiTM, Kampus Macahang dan Kota Bharu kita lambat sikit yaa..8hb Januari baru start. Ocey!

Monday, 22 December 2014

Dr Anwar fazal Bertunang :)

Assalamulaikum temans walau di mana berada, agak lama aku tak menulis..(hahaha, lupa cek psl blog) mcm mana bleh sampai lupa..too much work laa, for the first time aku merasakan sebagai student universiti sgt lah terok rupanya, buat ijazah tak sama langsung mcm buat diploma ritu, ini klau aku teruskan cita2 aku dulu (nak jadik doktor kononnya..haha) tak tahu laa.. baru belajar kos mcm nih dah nak kemek dah rasa..hahaha, (walaupun cita2 nak jadi doktor tu terpaksa dikuburkankan, tp harap2 semangat kuat sampai dapat tittle "Dr.", walaupon bukan Dr.Medic, heee)
bukan setakat pelajaran tapi ade beberapa faktor lain yang membuatkan aku rasa mcm berat sangat nak hadap semua nih (astagfirullah)......
Macam2 dah jadi..haha, tapi nanti2 lah aku story2 pasal "macam2" tu, esok oke esok..hee, harini nak tulis entry pasal semalam, Dr Anwar Fazal dah pun bertunang..hahaha, akhirnya..sapa dia nih?? Ini lah pennulis buku DIAgnosis, korang bace tak lagi, January next year dah nak keluar DIAgnosis2 kot.. aku pun baru berkesempatan membaca, so far..nice book..menarik and pack dengan pengajaran yg sgt menusuk hati, cari laa..hahaha, klau area utara mcm susah ja nak jumpa dah, asyik abiss je.. boleh kata kan setiap helaian tu ade pengajaran terselit yang akan buat kita kata"haahh laa..hmmm" boleh2 ade yang menangis. hahaha. tapi ceritanya, semalam aku tengok di twitter yang Dr.AF dah bertunang...terkejut jugak, tetiba and tak taw plak..dgn Dr. fatin Liyana (seorang Blogger) haaa..tu je lah, finally.. one more step dah bakal jadi husband ye Dr..hahaha, aku follow DR.AF nih dari twitter, beliau nih sepupu rapat Syamsul Yusuf.. and aku start follow insta dy sebab suka sangat baca ayat2 and stories yang sangat tersentuh hati.. tapi sekarang dy dah tutup insta dy, hope nanti dy akan bukak balik and teruskan macam dulu, sebabnya setiap pagi bangun tido, hahaha...itu yang aku bukak dulu, at least dapat semangat sikit dari situ. hehehe motivasi pagi
herm... hepynya tengok diorang, hahaha..nampak macam seronok ja jd doktor, sebab apa? nampak bergaya, femes, banyak duit? tapi baca DIAgnosis baru tahu, waahhh sangat! bnyak yang perlu di korbankan terutama masa bersama keluarga dan orang tersayang :)  moga DR.Anwar fazal dan Dr.Fatin Liyana yg kiut tu bahagia sampai ke anak cucu..
mmm..tak taw nak tulis pa dah..jom tengok2 gambaq sikit



*****





 Dr.FL,Dr.AF, Dr.Aizzat, DR.Azzah



WAITINGGG DIAgnosis2 next year!


Notakaki: I'm really sick in missing my family..Next year baru bleh balik(4weeks to go)..please jalan cpt masa huii.. and i'm miss u abg .....study week mod turn on! study mod aku blom on lg! musim hujan, hati2 dgn bah! Sejuknyaa Bumi Kelantan
Abah tanya, bila aku nak tulis buku pulak? ada cita2 abah, tp tak taw bila :)

Tuesday, 7 October 2014

Salam Aidiladha

Assalamaualaikum pembuka bicara, sudah lama ambe tak bersua di legasi ini, bukan kerana tak sudi tapi kerana kekangan2 halangan yg tak di duga, Alhamdulillah setelah selama sebulan di Machang akhirnya cuti mid sem pun hadir, walaupon hny seminggu akan ku pastikan ianya berkualiti ! mase raya aku dah jumpa famili2 cumanya ade yg aku nk sgt jumpa tu tp tak terjumpa jgk, tp xpe lah. bukan rezeki, cerita hidup di sana tak lah seindah yg aku impikan.. ade beberapa perkara yg buatkan aku merasa tidak senang sedikit tinggal di sana, tp tak pelah demi segulung ijazah yg aku impikan aku cuba untuk terima kenyataan itu semua. ape hal nya biarlaa aku shja yg tahu, yaa..ini satu2 nya hal yg tak mampu aku nk cerita dkt sape2.. takpaaa.. dan lg satu masalah line internet sana sgt menduga bg aku, yelaa.. dulu kat merbok oke lah jgk.. compared kat sana..hurrmm. and one more things my pinky lappy are broken, totally cant help dy lagi.. and now, in my hand new second hand lappy dah x pink, dah x comey, semuanya abah yg uruskan.. dah x macam aku nak, tp tak ape lah, aku bersyukur dgn apa yg ada, setidaknya... semua nih walupon kurang aku akan guna jgk sedaya upaya utk apa yg aku kejarkan utk apa yg mak abah harapkan, dan boleh bantu aku selesaikan segala tugas2 aku kat sane, aku harap aku dah x manja sgt, aku boleh lagi kuat.. yahh! itu lah yg semua impikan.. insyaAllah, sebenarnya macam2 lg aku nk crita pasal kehidupan baru kat Machang di entry ini tapi ade sesuatu.. cuba baca kat bawah tu.. oke, off to Asar, Takbir !

... hobi aku kan suka upload gambar, tp kali ni aku malas skit nk upload..huhu, tak taw laa aku nih kenapa, asyik malas ajaa, dah laa mcm2 aku plan cuti yg berbaki beberapa hari ja lg nih, tp pnyakit malas tak tau nak habaq nih maiiiiiii.. alamak ! ...

#whateveritis me u and all of us have changed.. i cant describe how it feel, how it be .. .. ..

Wednesday, 13 August 2014

BM232

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..Syukur sangat atas rezeki yg Allah bagi, akhirnya satu2nya penantian aku terjawab, Alhamdulillah Allah masih berikan aku kesempatan untuk menyambungkan lagi pelajaran aku  (walaupon ade yg kata"ha? ko sambung belajar lagi?..ya Allah ko nih..")  hahaha. biaq laa, itukan cita2 aku, walaupon kita dok kutip ilmu dunia bnyk2 nih,tp jgn lupa selami ilmu akhirat jgk..ILMU, sampai mati sekali pun takkan pernah abis kita pelajari, terlalu LUAS

Tapi, sesuatu yg susah utk aku terima, tempat yg bakal aku pergi tu, aku terkejut sgt2, and mcm tu gak kwn2 lain, tak terfikir tak tergambar dek akal fikiran..Allah hu Akbar, ini lah namanya rezeki utk keluarga aku pergi berjalan2 bila diorang hantar aku nnt, hahaha. sangkaan aku dan kawan kitaorang akan dapt puncak Alam ka..sb senior last sem, mostly ke sana, wah..aku siap plan ngn kwn2 nk jumpa, nk lepak sana..tp sekali dpt keputusan, segala angan2 dan impian musnah sekelip mata, actually, at first mcm susah nk terima kenyataan aku akan ke Kelantan, tp ramai kawan2 yg cuba menyedapkan hati, nk tolak tawaran mcm sayang lah pulak, nnt klau apply lain xdpt kang aku merana plak..apa pon insyaAllah I'll try my best for my beloved parents and family..

Tahniah jugak utk adik aku yg bakal sambung ke Uitm jg di Melaka..sorang lg merantau jauh ke sana, best la dy dpt course yg dia impikan. and tahniah jgk to my friends yg berjaya utk sambung pengajian korang, yg bakal ke UiTM Machang, moh ler kita bersama2 membina kejayaan di sana, insyaAllah..moga Allah berkati usaha dan perjuangan kita, moga Allah limpahkan rahmat dan rezekiNya utk kita..kpd yg tak berjaya tu, sabar lah bnyk2, we will wait n see after rayuan, mungkin ada hikmah, mungkin Allah mahu menguji.. moga tabah, aku faham perasaan korang..sabar 

For mak abah, all this for both of u, insyaAllah, bbekalkan semangat yg ada, akak dan adik akan buat sehabis baik, mohon doa dan restu mak abah. we love u, our love never die


***
to u sorry and sabaq naa
to me jgn pikir bnyk2 dah, what happen just go on
to both of u, i'll make ur proud, i'm promise everyday
to lil, we will prove it together
and to u, u and u, never ask me, who they are  :D

"Moga Allah lembutkan hati yang keras, Moga Allah mudahkan segala kesulitan"

oke, I have to, let's see drama for today..drama apa? <jangan tanya>


Monday, 11 August 2014

Reunion SMKTRJ Batch 2010

Assalamualaikum, hermm..arini cik mia nk cerita pasal reunion semalam, kumpul2 xlah ramai sangat yg datang, tp yg mana ade tu enjoy jgk lah..haha..tq la tu kp kita kak linda and mak jemah kita (gara2 twit td) kak farah..haha and semua yg hadir, yg tak hadirkan diri tu aku xtaw nk kata apa..haha! <jangan marah>
So, seperti biasa aku akan biarkan gambar2 yg menceritakan kisah reunion semalam.. dalam bnyk2 aku tgok sakan betol si kamil tu selfie, mengalahkan aku..hehehe.. and aku perasan..ade laa insan2 yg nmpk terlebih bahagia semalam <ehem>
xpe penangan crita hantu selfie..oke hashtag #hantuselfie ..di mana ade camera, di situ ade kami ,ape2 pon enjoy sgt semalam :) :) :)

Panjang umo kita jumpa lagi kawan2

Btw, tq to kamil, pak leh atas gambar2 di bawah ini..and kak farah, aku tunggu lama sgt gambr dr dy, x dpt2 lg pon, so upload je dulu ape yg ade :) nnt update lain






































S E K I A N

jom nk sambung godek2 kat google image cari the best design utk wedding photo booth munirah nnt, kot jadi kaa.. :D