Friday, 8 November 2013

November Hang Outz

Assalamualaikum.. two days ago.. aku sempat jugak keluar dengan kengkawan sekolah yang agak lama lah tak jumpa tu.. setahun ade la 2 3 kali dapat kumpul2 cemtu.. mase Iftar aritu pon tak semua ade.. Linda dan Mazlifah klau blik cuti mmg menjadi lah plan kami keluar sesama.. tu pon diorang blik cuti deepavali dan awal muharam aritu.. esok lusa diorang dah blik ke tempat masing2.. memandang aritu keluar pon dah lewat tak dak la kami pegi jalan mane2 pon.. just tgok wayang, makan2, sembang2 dan pusing2 dalam Amanjaya Mall jer.. ye la..anak dara mane leh blik umah lewat2.. mak abah aku tu mananya bagi aku balik memalam.. akhirnya tertunai jugak hajat aku nk tgok movie THOR tu.. sebelum ni tak dak sapa nak teman.. serius best crita tu..

So.. nih sedikit sebanyak pictures kitorang

us FRIENDS Forever.. 
Maz, Ninie, Farah, Su, aku, Linda





Su nih kawan aku paling comeh.. hehe.. dia skrg study kat UiTM Arau



mase sekolah, ade je org kata kami kembaq.. serius xnmpk kat mana yg sama muka kami ni? Maz.. skrg study kt USM Nibong Tebal

Susah senang dia lah tempat rujukan aku.. Linda.. klau time sekolah lu aku ngn dy suka berselisih pendapat.. skrg dia study kat USM Kelantan

SEKIANs

Monday, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 H

Assalamualaikum kawans, baru saja berlalu pergi tahun 1434 H, kini sudah pun masuk tahun baru,
sekejap sungguh masa berlalu.. Rasa baru ja sambut Awal Muharam tahun lepas. Umur pun semakin meningkat.. tanggungjawab juga semakin bertambah..
Allah Kau permudahkan untuk kami akan segala urusan kehidupan kami, sihatkan tubuh badan kami, kuat dan tabahkan hati kami meneruskan perjalanan kehidupan kami, bukakanlah cerahkanlah pintu hati kami agar terus bersamaMU.. Jangan Kau gelapkan dan jangan juga Kau tutup pintu hati ini daripada menerima hidayahMU..

..Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan..

Sedikit cerita mengenai Maal Hijrah:
"Sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario lanskap dunia.  Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri.  Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja."

So, esok abah kata nk ke Alor Setar, ke rumah Cik Nah jumpa Mak Tok kat sana.. esok jugak kawan Mashitah, si Aiman tu jemput makan tengahari di rumah dia, dia buat majlis doa selamat semperna keberangkatan dia ke Mesir tak lama lagi.. tu kawan adik aku masa dia dekat SMKA Baling dulu, pandai bukan main... straight A tu.. InsyaAllah, esok aku pi jugak kot kalau takda apa-apa. Lama tak jumpa dia.. last jumpa pun masa dia mai rumah aku masa buat kenduri baca yassin awal tahun aritu..
oke now makan malam time.. Salam !

Menyambut Awal Tahun Islam dengan penuh kesyukuran~

#ALLAHmaafKanHambaMUini


Thursday, 31 October 2013

Result . Jumaat Terakhir..

Assalamualaikum Selamat Pagi Jumaat yg Indah.. Jumaat terakhir untuk tahun 1434 Hijrah.. Semoga keberkatan hari ini terus bersama kita.. Today is result Uitm day  for diploma level.. ketaq-ketaq yang semalam-semalam tu dah pun berlabuh tirainnya.. hehe, sebaik sahaja  tengok result tadi.. ALHAMDULILLAH.. tetap bersyukur.. huhu.. walaupun tak DL lagi.. err.. (sikit lg je). Tapi tak pa lah, bukan rezeki untuk DL sem nih.. takpe2 ade lagi satu sem.. as long as lulus semua tu pon dah bersyukur sangat2..
To kengkawan yang dah abis tu Good Luck in your future.. Yg dapat ANC tu.. Tahniah ye.. Aku nih dah berazam, kalau dapat sambung Degree nnt mmg nk study betul2, tak mau main-main dah.. mase awal-awal diploma mmg aku tak fokoz sangat, nyesal ;'(
Kejap lagi nk kena g amik adek dkt Kmpp, dy pon dah cuti sem. Arini last paper dy, hope semua baik2 sahaja :)

~Okeh! banyak status Fb pakat update "I'm Officially done my Diploma".. Tahniah yer yg dah tamat tu, yang belum tu, let's continue....our studies.. and remember! sampai bila2 pun ILMU takkan pernah habis untuk di pelajari...tuntut ilmu sampai hujung nyawa..

#November


Sunday, 27 October 2013

Perkahwinan Diana Amir dan Habib Bullah A. Rahman

Dengan sekali lafaz Pelakon Nurdiyana Amir Hasyim,27, dan pasangannya Habibullah A. Rahman,26, seorang Pensyarah di UiTM Merbok (UiTM kitaorang) sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu (25 Oktober 2013) selepas Isyak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.  Hanya senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM 1000 sebagai hantaran perkahwinan.
Dinikahkan oleh imam besar masjid tersebut, dan pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.. Pasangan tersebut mengenakan busana merah jambu rekaan Ezuwan Ismail :)
Turut hadir bersama rakan-rakan artis seperti Heliza Helmi, Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Adam Corie dan ramai lagi.

Selamat Pengatin Baru untuk Kak Diana dan Sir Habib..
Semoga kalian bahagia dan kekal hingga ke Jannah :)



































Gambar2 from Instagram Diana Amir http://instagram.com/dianaamir

Tuesday, 22 October 2013

I Hate . But I Miss

"Bila hati dah ikhlas dan merela kan kepergiaan itu... kenapa mesti ada lagi kisahnya hadir... walaupun seketika.. cuma dalam mimpi.. aku tak mahu.. hmm, I hate but I miss him"
Zila menatap coretan Alia yang terakhir, sebelum dia meninggalkan bumi Malaysia, perginya bukan sekadar menuntut panggilan kerja semata-mata. Namun kepergiaan itu untuk membawa lari hati yang lara, Tapi itu lah hakikatnya, sejauh mana dia cuba lari, namun bayangan yang tersayang itu masih tetap terus dihati. "Sabarlah sahabatku, Semoga kau kebahagiaan akan menjadi milikmu juga"

.............
"Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya Alia. Mungkin kita tak dapat bersama dengan orang yang kita cinta, tapi percayalah.. Dia mahu temukan awak dengan jodoh awak.. dan awak pasti akan bahagia juga, satu hari nanti"
 Itulah Hazila, seorang sahabat yang sentiasa besama Alia saat susah senang. Dialah satu-satunya sahabat yang sangat Alia kagumi dan sayangi.
"Menyayangi itu tak semestinya memilikikan?"
"Ya.. saya tahu, tapi saya.."-Alia
"Cukup lah untuk awak tahu yang cinta Ilahi itu melebihi segala2nya, Dia hantarkan ujian ini untuk awak supaya awak dekat denganNYA, mungkin DIA rindukan tangisan dan rintihan awak.. awak, kalau Allah dan tetapkan dia milik awak, walau ke hujung dunia sekalipun awak lari, pasti satu hari nanti dia akan datang dan berikan kebahgiaan untuk awak"
"Awak, cukuplah bahagia itu dengan kita mencintaiNYA, percayalah.. jika sepenuh hati awak mencintaiNYA insyaAllah banyak lagi benda-benda baik yang DIA akan berikan kepada awak, kita selalu ja kan nampak orang yang jahat, zalim dengan Allah tapi Allah masih memberikan kebahagiaan dan kenikmatan hidup untuk dia.. tapi tidak untuk kita yang sentiasa bersamaNYA ni. Apa awak rasa? Adakah awak rasa Allah itu tidak adil?"
Sunyi sepi kamar dengan pertanyaan itu. Sejak tadi Alia hanya meminjamkan telinganya sahaja utk mendengar apa yang dikatakan sahabatnya itu.
"Cinta juga boleh mengubah keperibadian seseorang kan? Awak, sebab dia saya dah banyak berubah bila saya kenal dia. Saya ikhlas menyayangi dia. Tapi.."-Alia
"Yaa, saya tahu tu, kita kan lama tak jumpa, I saw a lot of changes inside you and paling ketara sekali now awak dah berhijab. Alhamdulillah, tapi itulah, awak tahukan kalau Allah berikan ujian untuk kita sebab Dia nak kita dekat denganNya. Mungkin juga Allah nak tangguhkan dulu permintaan awak, percayala cakap saya takkan ada masalah yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Allah tahu, hati awak sakit, remuk, kecewa, dan dia tahu dengan cara itu awak akan lebih dekat denganNYA.. Dia rindukan awak"
"Subahanallah... Ya Allah" -Alia. Tangisan hati luka bertukar menjadi tangisan kesyukuran.
"Walaupun Allah tahu awak mungkin tak mampu nak lalui semua ni, tapi Dia akan pinjamkan kekuatan untuk awak lewati semua ni.. Allah itu Maha segala2nya, cintailah Dia nanti awak akan tahu betapa nikmatnya hidup ini. Awak... doa dan teruskan berdoa, sehingga segala harapan awak menjadi kenyataan"
..........
"Ya Allah seandainya KAU ciptakan aku sebagai pemilik tulang rusuknya , maka satukan hati kami dalam cinta-MU.. Kuatkan aku menghadapi ujian-Mu Ya Allah.. Seandainya bukan dia yang terbaik untukku, maka KAU berikan aku lelaki yang terbaik untuk membimbing aku ke jalan yang di redhai-Mu..Ya Rabb"

Dari itu, dengan PERASAAN SYUKUR atas setiap keburukan melanda, walaupun dengan kelukaan hati, ianya mampu memberikan sebuah KETENANGAN untuk kita dan keyakinan untuk meneruskan kehidupan ..

I Hate . But I Miss...

Saturday, 19 October 2013

Diana Amir Nikah 25 Oktober 2013

Assalamuaalaikum , huh! bosan jgk bila semester break tp tak keja.. bukan apa, aku agak kemalasan sedikit kali ini.. hihi, takpe, next cuti panjang aku keja.. 
Okeh, kisahnya semalam aku tengok kat instagram Diana Amir (Nurdiana Amir Hasyim) dia buat Press Conference tentang tarikh pernikahannya dengan tunangan dia tu.. Habibullah Ar-Rahman (Sir Habib Pensyarah Uitm Merbok).. wah jd artis lah sir lepas nih.. Aku mmg minat sgt2 dengan Diana Amir nih, dari dulu lagi.. tambah2 bila dia dh berhijrah nih.. Alhamdulillah.. masa dia datang Uitm Merbok awal tahun aritu, aku dok depan skali dengar cerita tentang pengalamannya.. before and how her changed.
Semalam satu sidang media telah pun dibuat bersama para wartawan di Wisma Metrowealth.
So, tarikh ijab qabul #DianaHabib pada Jumaat ini 25 Oktober 2013 di Putrajaya.  Di sidang media tersebut, Diana Amir turut memperkenalkan bakal suaminya~












Sumber~ http://metrowealthpictures.net/

Friday, 18 October 2013

Saat Mata Tertutup

Saat mata sudah tertutup
Kau bukan pemilik hatiku lagi
Walau berat untuk ku lepaskan
Tapi harus aku lepaskan jua
Mungkin terlalu banyak kurang ku untukmu
Ku ingat kau lah yang terakhir
Namun
Mungkin itu satu percaturan yang salah
Kadang-kadang aku merasa bahagia menyayangimu dalam diam
Namun kadang2 rindu itu hadir bagai ingin membunuh
Tiap kali sujud ku pinta petunjuk Ilahi
Namun jawapan itu sentiasa meragukan
Penat sudah berserah pada takdir
Aku perlu hentikan perasaan yang tak pasti ini
Andai sudah tertulis di tangan Allah jodoh itu milik kita
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi
Kau kenangan ku selamanya
Terima Kasih atas semangat-semangat yang telah kau pinjamkan
Sehingga ku mampu berdiri semula dari jatuh itu
Akan ku simpan setiap pesan dan kata-kata semangatmu
Sebagai pembakar untuk terus harungi hidup ini
Akan ku teruskan semuanya
Mencari kebahagiaanku untuk keluarga tercinta
Terima Kasih sekali lagi ku ucapkan
Alhamdulillah aku lebih kuat
Tak seperti suatu ketika dulu